Angkatan Muda Keadilan mengecam pengumuman kenaikan kadar tol di 11 lebuh raya.
Menurut Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin, pengumuman kenaikan itu benar-benar menekan kehidupan rakyat ketika kos sara hidup melambung tinggi.
“Pastinya selepas pelaksanaan GST bermula April lepas, tekanan kewangan rakyat semakin bertambah dan dengan kenaikan kadar tol iniakan menyukarkan lagi kedudukan majoriti rakyat untuk berhadapan dengan krisis ekonomi sekarang.
“Anak muda, terutamanya mereka yang bekerja di Lembah Klang dan daripada golongan berpendapatan rendah, akan menerima kesan yang paling besar. Kos sara hidup golongan ini akan terus meningkat dan akhirnya menambah kesempitan golongan ini.
“Jusitfikasi Kementerian Kerja Raya bahawa kenaikan ini adalah perlu bagi menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Umno Barisan Nasional daripada membayar konsesi kepada syarikat syarikat, telah menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib Razak dan kabinet beliaugagal untuk mengurus perbelanjaan kerajaan sehingga tepaksa menarik balik subsidi rakyat dan akhrinya membebankan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliauberkata,kenaikan tersebut menjadi bukti bahawa dasar kapitalis kroni (crony capitalism) yang diamalkan UMNO dan BN akhrinya telah memusatkan kekayaan kepada kelompok tertentu sahaja sehingga mengadaikan kesejahteraan rakyat.
“Kenaikan ini juga menunjukkan bahwa tiada iltizam dari kepimpinan UMNO BN sekarang untuk melakukan perubahan dengan melaksanakan penjimatan dan mengatasi ketirisan dan kebocoran yang berlaku di dalam kerajaan, tetapi lebih rela untuk terus membebankan rakyat yang telah sedia tertekan dengan kedudukan ekonomi semasa.
“Angkatan Muda Keadilan mendesak agar Kerajaan Umno – BN untuk menarik balik keputusan menaikkan kadar tol di lebuhraya -lebuhraya ini.
“Seharusnya Kerajaan Umno BN menghentikan segala amalan pembaziran dan korup yang masih diamalkan. Masa sama, demi kembali memulihkan keyakinan pelabur dan mengukuhkan semula kedudukan Ringgit, isu 1MDB dan dakwaan skandal RM2.6 billion melibatkan Perdana Menteri wajib diselesaikan segera. AMK menuntut agar Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dan kembalikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baru yang dapat menyelamatkan negara daripada krisis ini,” tambahnya.
Kenaikan tol melibatkan 11 lebuh raya. Lapan daripadanya di Lembah Klang; iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya DutaUlu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
Kenaikan ini melibatkan peningkatan kadar tol di antara 20 sen dan RM 3.