Antara 16 orang mahasiswa yang ditahan ialah Khairol Najib, Lau Yi Leong, Lee Chung Lun, Saw Jia Ying, Ng Xiangyi, Wes Oung, Oung Kang Wei, Sharafi Ilman,Teo Ann Siang, Mustapha Kamal, Faizzudin, Zul Asrag, Ammar Atan dan Awis.
Pengerusi Gerakan Mahasiswa Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali yang menyertai perkhemahan di luar Parlimen itu memberitahu The Malaysian Insider kira-kira 50 orang polis beruniform serta tidak beruniform hadir untuk menahan mereka.
“Saya terkecuali kerana kebetulan saya tiada di situ ketika mereka ditahan,” katanya.
Protes Langkah Siswa itu menuntut 3 perkara iaitu Najib menjelaskan dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya, menggesanya meletak jawatan, dan meminta supaya kerajaan peralihan diadakan.