Ahli-ahli Parlimen dari Parti Tindakan Demokratik, Parti KeADILan Rakyat and Gerakan Harapan Baru mengadakan mesyuarat di Parlimen pada 26 Ogos 2015 dan memutuskan:
1. Bahawa ahli-ahli parlimen dari Parti Tindakan Demokratik, Parti KeADILan Rakyat and Gerakan Harapan Baru menyokong perhimpunan aman BERSIH4 dan menyeru supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi supaya berjanji tidak akan melumpuhkan himpunan berkenaan.
2. Bahawa ahli-ahli parlimen dari Parti Tindakan Demokratik, Parti KeADILan Rakyat and Gerakan Harapan Baru akan menyertai Majlis Perundingan Kebangsaan mengenai Pembiayaan Politik hanya sekiranya:
a) isu “derma” misteri sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam bank peribadi oleh suatu pihak asing ditangani dahulu;
b) skop Majlis diperluaskan kepada pembaharuan pilihraya dan kebebasan diberikan kepada SPRM dan Suruhanjaya Pilihanraya.
3. Bahawa ahli-ahli parlimen dari Parti Tindakan Demokratik, Parti KeADILan Rakyat and Gerakan Harapan Baru bersedia membincang mengenai cadangan-cadangan dari ahli-ahli palimen Barisan Nasional untuk membentuk suatu majoriti baru untuk menggantikan Kerajaan Datuk Seri Najib Razak dengan pembaharuan politik sebagai agenda utama kerajaan baru berkenaan. Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua tahanan politik yang lain harus menjadi tugas pertama majoriti baru ini. Semua penganiayaan politik harus dibatalkan.
Dikeluarkan bersama oleh:
Parti Tindakan Demokratik:
Lim Kit Siang (Gelang Patah)
Loke Siew Fook (Seremban)
Teresa Kok (Seputih)
Liew Chin Tong (Kluang)
Teo Kok Seong (Rasah)
Parti KeADILan Rakyat :
Rafizi Ramli (Pandan),
Johari Abdul (Sg Petani)
Wong Chen (Kelana Jaya)
Sim Tze Tzin (Bayan Baru)
S Manikavasagam (Kapar)
Gerakan Harapan Baru:
Kamaruddin Jaafar (Tumpat)
Dr Hatta Ramli (Kuala Krai)
Khalid Samad (Shah Alam)