KOMENTAR : PERTANDINGAN JAWATAN TIM PRESIDEN DIJANGKA MEMECAHKAN PAS
Dengan pengumuman Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyertai pertandingan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS bersama penyandangnya Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan juga bekas Naib Presiden Hj Mohamad Sabu maka PAS dilihat akan menghadapi konflik perpaduan parti apabila perwakilan akan sukar untuk menabalkan timbalan yang baru samada tokoh ulamak atau tokoh veteran seperti Mad Sabu. Adapun Nasharuddin dilihat mengalami kegagalan yang ketara sejak menanggung jawatan tersebut.
Rata-rata aktivis parti merasakan tidak wajar Tuan Ibrahim tidak mengotakan janjinya untuk hanya mempertahankan Naib sahaja dan bukan menyertai jawatan timbalan. Aktivis parti juga ingin memberikan peluang untuk Mad Sabu yang terlepas selepas ditewaskan oleh Nasha bersama Husam pada penggal yang lalu.
Undi dari perwakilan ulamak menampakkan keghairahan Tuan Ibrahim untuk mencuba nasibnya seperti kegagalan Harun Taib merampasnya dari Nasha pada 2007. Bagi pihak Mad Sabu boleh dijangkakan perwakilan pemuda PAS dan orang baru dalam perwakilan mereka mahukan Mad Sabu kerana untuk menggalas beban Presiden parti maka memerlukan tokoh yang berpengalaman dan berpandangan jauh untuk membawa PAS ke masa hadapan yang lebih unggul dan menjalinkan persefahaman dengan parti dalam gagasan Pakatan Rakyat dengan lebih mantap lagi.