Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek disifatkan penganalisis politik sebagai paling layak menggantikan PM Najib Razak
Terlepas daripada skandal kewangan dan kroni mana-mana pihak dalam Umno, ahli politik muda ini dilihat berpotensi pada masa hadapan berbanding TPM Dr Zahid Hamidi yang dikaitkan dengan syarikat abang beliau melobi untuk kontrak mengendali kemasukan pekerja asing Bangladesh.
Begitu juga Muhyiddin Yassin yang terpalit kontroversi dakwaan penjualan pasir Johor ke Singapura ketika tokoh itu menjadi MB Johor pada 1990an lalu.
Shabery sebaliknya bersih daripada skandal kewangan dan tidak mempunyai anak-anak yang dikaitkan dengan kemewahan luar biasa seperti Najib.
Hari ini, Shabery bermesyuarat di Manila, Filipina dan berjaya mempromosikan sektor pertanian Malaysia di sana.
Berkemungkinan sekiranya pergolakan dalaman Umno berterusan, Umno Terengganu akan mengusulkan tokoh muda ini menjadi pengganti PM.