Krisis yang berlaku dalam masyarakat Muslim di Malaysia hari ini bermula dari kekeliruan terancang selama puluhan tahun.
Bukan mudah untuk kita meleraikan kekeliruan ini apatah lagi ia sudah mendakap selama puluhan tahun dan bersistematik.
Memetik kata Imam Muda Asyraf, “masuklah Islam dari pintu aqidah, bukan dari pintu semangat semata-mata.
Kelemahan para penuntut ilmu yang asyik dan leka menghukum orang lain dek kerana bahan bacaan yang tersalah urutannya.
Kita lebih dahulukan mengkhatam buku berbentuk akfar (fikrah Islamiyah) daripada buku berbentuk ahkam (syarak Islamiyah).
Membuatkan kita sukar meneliti antara Daulah Islam dan Darul Islam.” Inilah punca krisis pemikiran Islam zaman berzaman.
Ketika Dr. Maszlee Malik mencadangkan buku Prof. Tariq Ramadan seperti Radical Reform: Islamic Ethics and Liberation dan The Quest for Meaning: Devoloping Philosophy of Pluralism untuk menggantikan teks klasik yang tidak relevan seperti Ma’lim Fit Tariq (Sayyid Qutb) dan al Muntalaq (Ahmad ar Rashid) dalam usrah, berapa ramai yang serius memikirnya?
Kompisisi masharakat Muslim di Malaysia yang hampir 55% memerlukan teks kontemporari yang segar berbicara tentang masyarakat pluralistik, bukan teks keras Sayyid Qutb dan al Maududi.
Kerana itu PAS bermasalah dan mengalami kecelaruan fikrah apabila menggunakan teks klasik ini berkurun lamanya.
Anjakan paradigma dan reformasi masyarakat bermula dengan ilmu yang haq dan hikmah.