Pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disambut dengan pelbagai reaksi dari blok pembangkang dan penyokong kerajaan di media Twitter.
Pengarah strategik Parti Amanah Nasional (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad:
“Rakyat jangan seronok sangat sebab akan dicukai sebanyak RM39 bilion dari cukai barang dan perkhidmatan (GST) 2016 nanti. Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terakhir 2014 hanya jana RM17bilion. Cekik dari Rakyat RM22b lagi.
“PM jangan mudah-mudahkan kata tuntutan maqasid syariah tertunai sebelum tabiat boros, tadbir-urus sarat ketirisan-rasuah dan jurang kaya-miskin berleluasa”.
Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar:
“Gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut – Najib Razak. Banyak sangat peribahasa, sebut sajalah nama Tun Mahathir.
“Kenaikan gaji kakitangan awam sejumlah RM1.1 bilion. Hebat, tapi tidak dapat menyaingi derma RM2.6 bilion yang PM Najib Razak terima Bajet 2016”.