ANALISA
Era ulamak memonopoli kepimpinan utama PAS semakin menurun dengan pertambahan kemenangan PAS sekarang dan mengandungi keahlian yang pelbagai di dalamnya menyebabkan PAS terpaksa berubah dan perlu diubah.
Alasannya ialah apabila perwakilan PAS dengan jelas isyaratnya menobatkan bukan kalangan ulama menerajui jawatan nombor 2 PAS. Dengan mengaitkan Mohamad Sabu sebagai pro-syiah juga menambahkan lagi tanda bahawa PAS mesti lebih banyak membawa perubahan untuk terus mendapat sokongan semua kaum dan agama kepada PAS bagi merealisasikan cita-cita murninya dan bagi mengantikan Umno yang sedang parah dengan berbagai isu dan masalah dalaman parti.
Mungkin selepas daripada ini hubungan PAS dengan pihak kerajaan Iran dan juga pertubuhan Hizbollah di Lubanan semakin rapat dengan terlantiknya sahabat baik mereka sebagai ‘naib rais hizbul Islami fi malasie’.
Kekalahan Nasharuddin tidak dapat tidak dikaitkan dengan peranannya yang dijalinkan dengan usaha-usaha mahu merapatkan PAS dengan Umno melalui kerjasama dalam bentuk bekerajaan terutama di Perak dan Selangor yang mana jika PAS menubuhkan perikatan bersama maka Umno akan kembali kuat di negeri tersebut.
Namun Hasan Ali yang pernah dipalitkan juga dengan usaha kerjasama dengan Umno akhirnya dapat juga menduduki kerusi AJK PAS Pusat walaupun disenarai agak terakhir.
Kini Tuan Guru Presiden parti mempunyai seorang yang sangat berpengalaman dalam mengerakkan massa parti dan hubungan dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Mudahnya juga ialah apabila Timbalan Presiden yang baru ini tidak mempunyai tanggungjawab rasmi sebagai ADUN atau AP maka sangat memudahkan beliau untuk membantu Presiden parti mengukuhkan jentera parti di semua peringkat terutama untuk menghadapi PRU 13 pada bila-bila masa sahaja lagi.