Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2016 mengumumkan hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk tahun ini sebanyak RM27 bilion sementara aliran keluar wang tunai yang disebabkan oleh pekerja asing menghantar pulang wang ke negara asal sekitar RM28 bilion.
Tidakkah ini bererti bahawa wang kutipan dari rakyat tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang dihantar keluar oleh pekerja asing?
Justeru itu, banyak pihak mempersoalkan tindakan kerajaan ingin membawa masuk masuk seramai 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh.
Memang ekonomi negara kita akan dimudaratkan oleh kehadiran pekerja asing. Bahkan sekarang pun penyakit batuk kering, kusta dan yang terkini, demam kepialu adalah di antara penyakit yang telah kembali semula di Malaysia akibat bawaan pekerja asing.
Sekiranya pekerja asing dipecat oleh majikan maka mereka mungkin akan menjadi pencuri, penyeluk saku atau pun peragut kerana kesempitan wang.
Kerajaan BN wajar menghentikan kemasukan pekerja asing buat sementara waktu sehingga keadaan ekonomi negara kembali pulih, sekurang-kurangnya.