Pilihan para perwakilan dengan meneruskan sokongan kepada Mahfuz dan Sallahuddin sangat tepat dan dialu-alukan oleh semua pihak dalam dan luar PAS kerana kedua tokoh tersebut mampu menggerakkan PAS dan membantu pimpinan memperkasakan PAS terutama ketika PAS diasak oleh isu pelawaan Umno untuk ‘bersatu’ dengan Umno melalui BN.
Tahniah kepada keduannya dan mengalu-alukan tokoh SIREH PULANG KE GANGGANG Husam Musa kerana berjaya memenangi kembali kerusi Naib Presiden setelah meninggalkanya sementara waktu.
Oleh itu kepada mereka ini teruskan kerja buat parti dan pastikan misi dan visi Pakatan Rakyat jangan sesekali dilupakan bahkan terus menyakinkan rakyat pilihan terbaik buat mereka untuk PRU 13 nanti ialah PR dan bukan BN.