Adakah dengan pemerolehan undi yang popular dan memberangsangkan apakah Dato Ustaz Tuan Ibrahim akan dilantik menggantikan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan yang baru sesi ini ?
Perbedaan sekitar 20 undi lebih yang didapati oleh Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim akan diambilkira oleh pimpinan Dewan Harian PAS Pusat yang sering dilihat mempengaruhi keputusan AJK PAS Pusat semasa memilih Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Bendahari dan juga AJK tambahan serta anggota tambahan bagi Lujnah Politik.
Kelayakan Tuan Ibrahim yang juga merupakan penceramah popular PAS memungkinkan beliau untuk menjadi jurucakap PAS. Sejak Subky Latif tidak lagi menjadi Ketua Penerangan maka tidak kedengaran lagi suara PAS menjawab isu-isu panas walaupun semasa Mahfuz ada sedikit kegarangan PAS menepis isu-isu lawan namun selepas itu sunyi sekali.
Diharapkan kali ini PAS akan melantik Ketua Penerangan yang bakal menutup mulut pihak Umno, BN dan mana-mana NGO yang biadap dan celupar mencabar PAS terutama dalam isu pemahaman agama Islam yang mahu diputarbelitkan oleh golongan yang jahil dan cemburu dengan kejayaan perjuangan Islam di negara ini.