Kehilangan pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari KLIA pada pukul 12.35 pagi pada 8 Mac 2014 lalu masih dibicarakan sehingga ke hari ini. Apatah lagi keadaan kehilangan pesawat yang penuh misteri dan tidak mendapat penjelasan memuaskan daripada pihak berkuasa.
Teori konspirasi paling kuat setakat ini mendakwa pesawat itu dirampas secara kawalan jauh dan dilakukan oleh agen Mossad Israel menggunakan pesawat tentera yang digelar AWACS.
Dalil yang mengatakan begitu adalah cubaan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid menghubungi seseorang menerusi panggilan telefon ketika pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari tersebut.
Difahamkan pesawat Boeing 777-200 ER itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit dikesan oleh pemancar telekomunikasi di darat. Panggilan tersebut bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.
Kemudian pada pukul 4 pagi para penduduk di kepulauan Maldives telah melihat sebuah kapal terbang yang terbang terlalu rendah, dan mereka mengatakan bahawa warnanya sama seperti pesawat MAS (Malaysian Airline System).
Menurut teori itu lagi, pada pukul 6.00 pagi pesawat tersebut telah dipaksa mendarat di pulau Diego Garcia milik tetera udara Amerika Syarikat. Kemudian penumpangnya dimasukkan ke penjara yang terdapat di situ. Mata mereka ditutup dan mereka diberi dadah.
Teori itu juga mendakwa kehilangan MH370 ada kaitannya dengan seorang Yahudi terkenal yang memiliki syarikat Freescale Semiconductor. Terdapat 20 penumpang MH370 yang terdiri daripada pekerja syarikat Freescale Semiconductor. Di antara mereka terdapat 4 orang yang memegang hakcipta atau pun ‘Paten’ teknologi cip yang baru didaftarkan.
Selepas kehilangan pemegang paten itu maka hak milik paten beralih tangan kepada seorang Yahudi yang dikaitkan dengan Bank Dunia dan didakwa adalah ketua kepada bangsa Yahudi di seluruh dunia yang membentuk NWO (New World Order), iaitu ketua kerajaan dunia secara sulit.
Didakwa setiap peperangan yang berlaku di dunia ini adalah atas arahan jawatankuasa tersebut.
Teori itu juga mendedahkan satu gambar selfie yang diambil oleh seorang pekerja IBM, Philip Wood penumpang MH370 pada 19 Mac 2014, iaitu selepas 11 hari dari tarikh MH370 dirampas yang berjaya menghantar gambar tersebut dari dalam penjara gelap melalui iPhone ke dalam Internet di website 4chan.com.
Gambar itu memberi latitud dan longtitud yang jelas kedudukan pulau Diego Garcia dan dengan tepat menyatakan lokasi pusat tahanan.
Lebih banyak pendedahan serta kajian kes boleh diikuti di blog Bumi Yang Tercinta, pautan: http://bumiyangtercinta.blogspot.my/2015/08/misteri-pesawat-mh370.html