KOMEN BERITA
Kenapakah Suara Keadilan beriya sangat hendak dapatkan komen berkenaan isu ciptaan Umno dan beberapa kerat pemimpin PAS yang hendak cepat berkuasa melalui isu kerajaan perpaduan (UG) yang telah berlalu itu ? Inilah akibatnya apabila bukan pakar atau yang lebih arif apabila mahu mengulas sesuatu isu yang terutamanya apabila melibatkan hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Salah atau betulnya pemberitaan tersebut bukan hanya terletak di atas tulisan sesaorang wartawan sahaja bahkan pihak penyunting dan juga bersama Ketua Editor amat perlu memperhalusi setiap berita yang mendapat komen dari tokoh atau penganalisa politik dari luar parti. Ini kerana kerap berlaku apabila wartawan atau editor seringkali ‘syok sendiri’ apabila edit berita dengan menambah atau mengurangkan kenyataan sebenar komen yang diperolehi.
Isu kerajaan perpaduan sepatutnya PKR melalui media mereka Suara Keadilan menutup pintu atau ruang dari dibicarakan semula yang sebenarnya tiada isu pun
Editor yang bertangungjawab seperti Sdr Fazallah Fit yang cuba ‘cover’ isu salah tulis tersebut bukanlah seorang aktivis parti dan juga bukan berpegalaman menganalisa setiap isu politik khasnya melibatkan Pakatan Rakyat maka mungkin beliau tidak berapa memahami hasil tulisan wartawan mereka. Difahamkan wartawan yang terlibat sebenarnya juga adalah bekas orang kuat Zahid Ibrahim, maka kemungkinan berlaku ‘over komen’ lah juga.
Jangan sampai KDN ambil tindakan kepada media PKR tersebut sudahlah, nanti ramai pekerja Suara Keadilan yang akan kehilangan mata pencarian seperti semasa Suara Keadilan di bawah pimpinan Hj Yunus di Shah Alam diharamkan. Fikir-fikirkanlah bersama.