Himpunan membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang berakhir pada jam 4.30 petang ini dilihat lebih kepada himpunan pernyokong Pas bersama Isma dan Perkasa.
Parti-parti dalam Pakatan Harapan seperti DAP dan PKR tidak menghantar wakil. Sejak awal mereka tidak dijemput dalam mesyuarat pernganjuran antara Pas dan NGO termasuk Bersih 2.0.
Hanya Naib Presiden PKR Tian Chua sahaja yang diundang menghadiri mensyuarat maka beliau sahaja yang berucap di atas pentas Pas yang disediakan lokasi utama, di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Himpunan bermula pada pukul 2.00 petang. Peserta bergerak dari Maju Junction dan Sogo. Kira-kira dua ribu demonstran penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Pas berjalan perlahan-lahan ke Dataran Merdeka.
Berbanding himpunan Bersih 4 yang meriah dengan slogan menghentam Najib dan kerajaan BN, himpunan bantah TPPA lebih kepada senaman berjalan kaki tanpa apa-apa kecaman. Hanya penyokong PSM sahaja yang menjerit mengecam kerajaan BN sekali sekala.
Manakala dari Masjid Jamek kira-kira 1000 peserta penyokong Pas bergerak secara senyap pada pukul 2.30 petang menuju ke Dataran Merdeka. Mereka kemudian diarahkan oleh Unit Amal Pas untuk ke Padang Merbok.
Bagaimanapun ahli PSM dan Amanah tidak mengikut arahan Unit Amal Pas, mereka berhimpun di hadapan Dataran Merdeka untuk mendengar ucapan daripada para pemimpin mereka.
Himpunan di Padang Merbok pada jam 3.00 petang mencecah 7,000 peserta dan kebanyaknnya adalah ahli Pas. Rata-rata dari Pantai Timur berdasarkan bunyi percakapan. Peserta paling banyak adalah dari Masjid Negara yang dianggarkan kira-kira 4000. Berbebals-belas bas kelihatan di parkir di masjid tersebut.
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan pemimpin tertinggi yang hadir. Selain pemimpin Pas, wakil dari PKR Tian Chua dibenar berucap. Bagaimanapun ketika Tian naik ke pentas dan diperkenalkan dari Pakatan Harapan beliau ‘dibooo’ oleh penyokong Pas.
Pemimpin Perkasa Ibrahim Ali yang sejak zaman kepimpinan almarhum Fadzil Noor dan Nik Aziz digelar ‘katak’ sebaliknya diterima baik oleh ahli Pas era Hj Hadi. Ucapan juga disampaikan oleh pemimpin Isma, NGO yang rapat dengan Pas dan Umno.
Himpunan berakhir pada jam 4.30 sebelum solat Asar.