Kerajaan Kedah tidak akan stabil sekiranya ketua BN PM Najib Razak berkeras mahu menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.
Ahli Parlimen Pkok Sena Mahfuz Omar berkata najib tentu sekali tidak mahu mengambil risiko pergolakan yang berpanjangan dalam politik negeri itu akibat langkah beliau mahu menyingkirkan musuh politik.
“Apakah Najib sudah mengambil kira kedudukan jumlah kerusi BN yang sangat lemah jika beliau berjaya menggulingkan Mukhriz.Jika Mukhriz digulingkan bermakna BN hanya memilik 18 kerusi yang menanda tangani akuan bersumpah tempoh hari.
“Sedangkan 3 lagi termasuk Muhkriz memperlihatkan prinsip mereka untuk tidak bersama dengan komplot rampasan kuasa.Kerusi pembangkang pula berjumlah 15.
“Ini menjadikan kedudukan kerajaan BN tidak setabil dengan jumlah 18 berbanding pembangkang 15 dan Mukhriz 3.
“Pilihan yang ada ialah mengekalkan Mukhriz sebagai MB hingga akhir penggal kerana sudah tentu keadaan akan kembali kepada status quo.
“Saya tak pasti adakah Najib sudah tak kisah dengan situasi ini.Mungkin yang penting baginya ialah musuh dan pengkritiknya mesti dihapuskan,” sinis Mahfuz dalam satu kenyataan.
Semalam, hanya 3 exco hadir, iaitu Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Wanita Datuk Suraya Yaacob; Exco Sains, Inovasi dan Teknologi dan Sumber Maklumat Datuk Norsabrina Mohd Noor; dan Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan, Aminuddin Omar.
Sekiranya tiga exco tersebut menyokong Mukhriz dan menyeberang ke sebelah pembangkang maka pembangkang di Kedah akan mempunyai majoriti, bersamaan 19 kerusi.
Bagaimanapun, kemusnahan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 menyukarkan keadaan dengan Pas tidak akan bersama Amanah atau DAP untuk membentuk kerajaan baharu.
Namun Mukhriz boleh meminta bantuan Pas atau Pakatan Harapan bagi menguatkan kedudukannya sebagaimana yang berlaku dalam kerajaan Selangor ketika DAP dan PKR menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar pada 2014 lalu.