Selain Mukhriz yang terlibat dalam krisis Umno Kedah, nama Mahfuz Omar juga terbilang. Komen Mahfuz menenggelamkan pendirian Pas Kedah.
Mahfuz sejak kawan-kawannya menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) telah jadi duri dalam daging kepada Pas
Yb Pokok Sena ini adalah seorang pemimpin yang berpendirian dan bukan seperti lalang sebagaimana sesetengah pimpinan dalam Pas kini. Beliau melalui pelbagai naik dan turun dalam saf kepimpinan Pas
Mahfuz sedang mempertahankan dasar dan hala tuju perjuangan Pas daripada dibawa hanyut jauh oleh beberapa kerat pemimpin muda Pas yang mengaku ulama
‘Buat bodoh’ tak tinggalkan Pas
Sosok tubuh YB Pokok Sena sangat konsisten dalam semua krisis dalaman Pas.
Beberapa pimpinan Pas meragui Mahfuz dan menggesa beliau tinggalkan Pas namun dengan ‘pekak badak’nya Mahfuz tidak melayan mereka. Terdapat pemimpin Pas yang iri hati dan jadi cacing kepanasan akibat sikap Mahfuz itu
Krisis Azizan lemahkan Pas
Bukan sahaja Umno berkrisis di Kedah, Pas juga semasa mentadbir negeri itu pernah berkrisis.
Mahfuz pernah memberi pendapat mengenai kelemahan pentadbiran Azizan Razak ketika MB Kedah itu dipertikaikan oleh para exconya pada 2012
Pas amat rugi ketika itu kerana mengenepikan pendapat Mahfuz sehingga menyebabkan kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2013
Dewan Ulama kritik Azizan
Dewan Ulama Pas Kedah betul ketika menyatakan pendiriannya terhadap Azizan yang bermasalah ketika menerajui Kedah
Pendirian arwah Ketua Dewan Ulama Pas Kedah Pak Long @ TG Hj Mohamad Abdullah cukup tegas dalam krisis tersebut
Stail pentadbiran Azizan tidak popular di Kedah bilamana Azizan kurang melayani tuntutan dan pandangan bawahan.
Ini berlaku kerana orang bawah sangat jelas nampak Azizan melebihkan orang Umno dalam banyak perkara di Kedah sehingga orang Pas sangat terusik hati mereka.
Banyak bukti yang dibawa kepada Pengerusi Hal Ehwal Kedah peringkat Pusat iaitu al marhum Tuan Guru Dato Harun Taib ketika siri rombongan ahli Pas Kedah menziarahi Markaz Pas Kubang Lembek di Kuala Terengganu
Namun Presiden TG Hadi tidak bertindak dengan sewajarnya menggantikan Azizan.
Mukhriz pro ulama
Mukhriz sejak dilantik sebagai MB Kedah telah mengenepikan generasi lama Umno dan lebih mengutamakan Umno yang baru.
Langkah Mukhriz bersikap lembut dan berbaik-baik dengan institusi pondok di Kedah tidak menggembirakan otai Umno
Ini kerana institusi pondok di Kedah tenggelam dalam pengaruh Pas dan dimiliki hampir lebih 80% oleh ahli Pas
Inilah yang menyebabkan Mukhriz disingkir di Kedah
Amanah ganti Pas
Kemunculan Amanah khasnya di Kedah tidak dinafikan mencemaskan Pas Kedah seluruhnya
Ramai ahli Pas Kedah ramai menangguhkan keluar parti kerana masih segan dengan pimpinan Pas
Ahli Pas Kedah bukan tidak sayangkan parti tetapi melihat karenah pimpinan baru Pas menyebabkan mereka tidak lagi yakin kepada saf pimpinan yang ada