Pengagas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menempelak Timbalan Preseden PKR Azmin Ali kerana membela dua Adun PKR yang dipecat dari jawatan masing-masing dalam syarikat berkaitan kerajaan Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, baru-baru ini.
Menurut Badrul, pemecatan Adun Bukit Tengah Ong Chin When dan Adun Kebun Bunga Cheah Kah Peng itu adalah kerana sikap mereka dan bukannya akibat dendam Guan Eng kerana kedua-duanya menentang kerajaan Pulau Pinang berhubung projek tambakan laut.
“Apa pandangan anda apabila anda duduk dalam Jawatankuasa Pengangkutan Awam kerajaan negeri Pulau Pinang. Ketika mesyuarat dan taklimat penambakan laut (pulau buatan) kamu diam membisu hadir tanpa membuat kajian awal.
“Dalam mesyuarat jawatankuasa pengangkutan awam jelas dibincangkan projek asalnya diluluskan seluar 3,241ekar oleh kerajaan BN namun setelah perdebatan dan pertembungan panjang kerajaan Pakatan Harapan P.Pinang hanya meluluskan 744 ekar sahaja untuk ditebus guna.
“Wakil perbagai pihak termasuk DAP sendiri bersuara dan dalam mesyuarat tersebut sehingga beberapa perkara diubah. Dimaklumkan bahawa jika dibatalkan sepenuhnya maka kerajaan negeri kemungkinan menanggung pampasan sehigga RM1bilion.
“Ini pernah berlaku sebelum ini di mana kerajaan negeri terrpaksa membayar RM20 juta kepada Bousted Holdings Sdn Bhd untuk menguruangkan ketinggian projek hotelnya dimana sebelum ini diluluskan oleh kerajaan Bn dengan ketinggian tidak munasabah dan kerajaan negeri hilang RM14.7 juta wang rakyat kepada syarikat yang terlibat skandal tanah Tang Hak Ju dimana ia melibatkan keputusan kerajaan Bn sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata badrul lagi, tindakan Adun PKR itu tidak masuk akal kerana mereka berdiam diri dalam mesyuarat sehingga keputusan dibuat namun apabila BN datang dalam Dewan membentang usul membantah maka Adun tersebut mengambil sikap protes dan berkecuali.
“Dia yang menjadi sebahagian jawatankuasa yang memutuskan sepatutnya mempertahankan keputusan tersebut.
“Adakah dia tidak faham apa dalam mesyuarat tersebut dan hanya hadir untuk elaun kehadiran atau ada pihak ‘luar kerajaan P.Pinang’ yang menyusun semua ini agar berlaku. Sepatutnya PKR harus memanggil ADUN ini memberikan penjelasan dan merakamkan teguran kerana jelas prestasinya dalam pentadbiran Pulau Pinang harus dipertikaikan,” sambung Badrul.
Menurut Badrul lagi, Azmin perlu muhasabah kelemahan dirinya dan pentadbirannya terlebih dahulu sebelum mengecam pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang.
Tindakan Azmin yang seolah-oleh mensabotaj Pakatan harapan kerana mempersoalkan Guan Eng melalui media juga dikecam Badrul.
“Pakatan Harapan baru sahaja ditubuhkan dengan dokumen perjanjian lengkap dengan Majlis Presiden, Jawatankuasa Pengurusan (Majlis Setiausaha) juga badan yang bertindak mengawal disiplin, maka kenapa dia perlu menyerang secara terbuka ?
“Namun ini tidak pelik kerana anak angkat Mahathir inilah merupakan, watak yang sengaja menghulur tangan kepada Pas yang memang sudah semakin jelas bersama Umno dan menidakkan kewujudan Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.
“Teguran dan pandangan Azmin sengaja dilontar secara terbuka tanpa melalui struktur Pakatan Harapan terlebih dahulu hanya kerana niatnya mengalihkan isu dan melemahkan ikatan Pakatan Harapan. Serangan terbuka tanpa melalui proses dalaman ini sememang dirancang,” kata Badrul.