Rakyat Sarawak digesa menggunakan peluang memilih dlm PRN Sarawak ke-11 yg sedang berlangsung mengangkat pemimpin yang mampu membela nasib rakyat untuk lima tahun lagi duduk di Dewan Undangan Negeri (Dun).
Tegas Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan, dalam keadaan Malaysia dibelit skandal gila 1MDB yang berkait langsung dengan Pengerusi BN, tiada jaminan bahawa BN pimpinan Dato’ Seri Najib Razak mampu menggalas mandat dengan amanah dan jujur.
Apatah lagi katanya, dengan persetujuan #Sarawak4Najib yang dipimpin Adenan Satem sebelum ini, ia seakan-akan meranapkan impian perubahan Sarawak.
“Dengan roh dan semangat perjuangan Hari Pekerja, kita meyakini Sarawak mampu melakukan perubahan,” ujar beliau dalam sati kenyataan sempena Hari Pekerja.
Sany menggesa rakyat Sarawak agar memastikan lima tahun mendatang ini rakyat di negeri ini benar-benar bebas daripada dikaitkan dengan mimpi hitam Najib Razak dan Taib Mahmud.
Beliau berkata, rakyat sebenarnya tidak mampu mengekalkan pemimpin yang masih tidak bebas dengan elemen rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“Biarlah untuk lima tahun akan datang, Sarawak memilih untuk benar-benar bebas daripada legasi dan igauan buruk BN”, tegas Sany.