Oleh Aiman Athirah Al-Jundi
UCAPAN:Terima kasih kepada semua Pimpinan dan Jentera Pilihan Raya Amanah sama ada Negeri Bantu mahupun Tempatan.
Apa pun keputusan, kita tetap menang kerana inilah percubaan yang tegar kita hadapi buat kali pertama pilihan raya di usia parti kita baru mencecah lebih kurang 7 bulan.
Kita sudah Menang Berusaha dan tidak pernah gentar atau pun putus asa.
Kita sudah Menang kerana Tidak Amal Rasuah dan Beli Undi atas apa sahaja alasan mereka.
Kita sudah Menang kerana Tidak Menghalalkan Cara.
Kita sudah Menang kerana berjaya membuktikan Semangat Kerja Berpasukan dan Kerjasama Padu di antara pimpinan di atas dan jentera di bawah.
Kita sudah Menang Moral Melawan Regim yang Dzalim yang usaha mengekang kemaraan AMANAH dalam segala cara.
Semua yang kita lalui hampir sebulan ini adalah pengalaman manis yang amat berharga.
Pengalaman yang akan mendewasakan kita bagi menghadapi PRU14 yang akan datang, in shaa Allah.