Ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menyelar Perdana Menteri Najib Razak kerana hanya pandai berkata-keta mengenai mengangkat martabat golongan wanita tetapi tidak pernah melaksan kannya.
“Respon kepada ucapan PM Najib Razak mengenai ketetapan 30% kuota buat wanita dalam organisasi sektor swasta membuktikan betapa ketinggalannya negara ini dalam perihal kesamarataan dan keadilan gender. Ini kerana, mengapa hanya setelah 15 tahun Perjanjian Cedaw ditandatangani pada 1995, baru kini kerajaan mahu melaksanakannya?
“Malahan, kejujuran usaha PM ini sendiri layak diragui apabila hanya sekadar ucapan, tampa sebarang tindakan konstruktif seperti ketetapan melalui akta. Saya merasakan adalah sangat mustahil perkara ini mahu direalisasikan selagi Umno memerintah kerana sedangkan di peringkat parti sendiri Umno telah gagal meletakkan 30% kerusi buat wanita dalam MPT, inikan pula dalam sektor kerajaan dan korporat,” kecam beliau yang juga Ketua Wanita PKR.
Zuraida mengingatkan Najib Paktan Rakyat telah mendahului dalam kepimpinan hierarki parti dan kerajaan negeri dalam melaksanakan kuota 30% wanita. Beliau menyeru agar wanita tidak mengundi BN lagi jika mahu lebih banyak wanita dalam kabinet membuat keputusan
Berbeza dengan Keadilan sendiri, kami sentiasa mengiktiraf peranan wanita, malah lebih dari peruntukan kuota 30%. Buktinya lihat sahaja dalam Perlembagaan parti dan organisasi pentadbiran kerajaan Selangor.
Saya menggesa, jika benar PM ikhlas mahu merealisasikan hasrat kuota 30% ketetapan buat wanita dalam kedudukan korporat dan kerajaan, segera regulasikannya melalui akta dan peruntukan undang. Jika tidak,segalanya sia-sia kerana hanyalah retorik dan ‘wayang’ semata-mata sahajalah.