Momokan mengenai Kristian mahu memurtadkan umat Islam, wanita seksi mendedahkan diri kepada rogol dan cerita-cerita lain yang memecah belahkan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara dungu, kata seorang ahli akademik.
Profesor Universiti Kebangsaan Singapura profesor Syed Farid Al-Attas berkata, walaupun majoriti rakyat Malaysia tidak percaya mitos itu, hakikat bahawa ia diteruskan golongan elit politik dan agama, adalah tanda tidak baik untuk rakyat Malaysia.
“Bapa saya (Pengasas Gerakan Syed Hussein Al-Attas), takut bahawa masyarakat kita akan dikuasai oleh elit yang dipanggil ‘Jadong atau Jahat, bodoh dan sombong’ yang mengawal wacana dan amat tidak sofistikated.
“Sebagai contoh, apabila wacana untuk menyelamatkan Islam mengatakan kamu perlu mengalihkan simbol agama lain kerana umat Islam akan keliru, wacana seperti itu akan menakutkan orang,” kata Farid dalam satu forum di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata kenyataan bodoh daripada pemimpin telah “menjadi normal” pada masa kini, dan dibuat dengan lebih kerap berbanding tahun 1980-an atau 90-an.
Apabila ditanya tentang apakah penyelesaian yang mungkin kepada masalah ini, ahli akademik itu berkata kuncinya kini ada pada golongan muda.
“Apa yang kita perlukan adalah sebuah gerakan belia yang menyatukan belia Malaysia melangkaui jurang kaum dan agama untuk mengenakan tekanan ke atas pemimpin, sama ada kerajaan atau pembangkang,” katanya.
Pemimpin agama, katanya, juga perlu memainkan peranan dalam mendidik masyarakat untuk tidak berfikir dalam kerangka agama, tetapi sebaliknya berdasarkan kedudukan sosioekonomi mereka.
“Mereka perlu menukar pemikiran mereka kepada pemikiran berasaskan kelas, supaya apabila kita mengundi, kita tidak fikir untuk mengundi dari sudut Islam atau Buddha, tetapi berfikir sebagai proletariat, kelas menengah atau kelas yang dieksploitasi, supaya kita boleh mengubah keadaan,” katanya.