Satu risalah yang diedarkan oleh petugas PAS di Sungai Besar sejak beberapa hari lalu mengandungi Q&A penjelasan kununnya Pas enggan bekerjasama dengan Amanah kerana parti itu pengkhianat.
Soalan 3: Kenapa PAS tidak mahu bekerjasama dengan Amanah?
Jawapan: Kita boleh bekerjasama dengan semua pihak termasuk dengan orang-orang kafir, tetapi kita tak boleh bekerjasama dengan pengkhianat.
Benarkah Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat atau mereka telah melakukan banyak kerjasama cuma bukan dengan Amanah:
■ Pada tahun 2001, Pas mengedarkan sticker menyatakan tindakan Umno memberhentikan royalti minyak Terengganu sebagai suatu pengkhianatan. Apakah Umno kini sudah tidak lagi jadi pengkhianat sehingga membolehkan Presiden Pas, yang juga mantan MB Terengganu duduk sepentas dengan Presiden Umno.
■ Pada tahun 2014 semasa krisis MB Selangor, ada ahli Pas menghantar WhatApps kepada beberapa AJK Pas Pusat bahawa sokongan Pas terhadap Khalid Ibrahim akan menyebabkan Pas kehilangan “moral ground” untuk mengambil tindakan disiplin ke atas ahi politik dari Pas sekiranya mereka bertindak membelakangkan kepentingan parti. Khalid bukan sahaja “melarikan kerusi” ADUN, malah menggunakan jawatan MB untuk memecat exco-exco dari partinya sendiri, PKR. Waktu itu Pas bukan sekadar bekerjasama dengan Khalid malah mempertahankan Khalid sehingga sanggup bergaduh dengan rakan komponen PR yg lain. Kenapa Pas mempunyai piawaian yang berbeza dalam isu “pengkhianatan” ini.
■ Kalau “pengkhianatan” itu merujuk kepada tindakan mengekalkan kerusi ADUN atau MP, apa bezanya dengan Khalid? Kenapa Pas boleh menyokong tindakan Khalid, tetapi lansung tidak boleh bertoleransi dengan ADUN dan MP Amanah. Di mana “moral ground” yang diguna pakai?
■ Kalau “pengkhianatan” itu merujuk kepada kerusi DUN atau MP yang kononnya tidak dipulangkan kepada Pas, maka perkara ini perlu dirujuk kepada undang-undang negara. Negara kita ada undang-undang, maka undang-undanglah medan terbaik menyelesaikan pertikaian itu. Kalau Pas boleh buktikan kerusi itu milik mereka dari sudut undang-undang negara, maka gunakanlah saluran undang-undang. Kenapa tidak?
■ Kalau “pengkhianatan” itu merujuk kepada persoalan baiah, maka perkara ini perlu dirujuk kepada golongan pakar yang berkecuali dan mampu membuat tamsilan berkenaan hukum dan applikasi baiah dari sudut pandangan agama. Pas tidak sewajarnya mengambil pandangan hukum secara unilateral dalam pertikaian ini kerana ianya tidak adil. Sedangkan persoalan menegakkan keadilan adalah tonggak dalam perjuangan siyasah syar’iyyah.