Pas seolah-olah ketandusan pimpinan apabila mencadangkan Ust Ahmad Yaakob untuk mengisi jawatanMursyidul Am Pas
Sedangkan banyak pemimpin yang bergelar ulama boleh diangkat ke jawatan ketua spiritual itu selain Ahmad yang dilihat tidak memiliki ketokohan dan ilmu sehebat Nik Aziz atau Dr Haron Din.
Majlis Syura Ulama dilangkaui?
Kenapa Setiausaha Majlis Syura tidak mengumumkan hal perlantikan Ahmad sebagai pemangku Mursyidul Am sebaliknya Presiden yang mengumumkannya?
Padahal Majlis Syura lebih tinggi hierakinya daripada Jawatankuasa Pas Pusat termasuk Presiden
Kewibawaan Majlis Syura semakin menurun khasnya apabila ketiadaan Dr Harun Din
Keunggulan Majlis Syura
Majlis Syura terbentuk daripada calon-calon yang dicadangkan oleh 3 cabang iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Jawatankuasa Harian Pas Pusat
Calon-calon mestilah berilmu agama yang cukup dan tidak mengamalkan riba serta tidak melazimi dosa-dosa kecil dan punyai kehidupan yang sangat Islamik
Oleh itu peminggiran Majlis Syura adalah tidak wajar berlaku di tengah-tengah arus sokongan masyarakat yang kin merosot melihat kepada tindak tanduk beberapa pemimpin Pas menyerang bekas rakan-rakan dalam parti serpihan Amanah
PAS dan saat keterasingan
Pas sedang meniti saat yang sangat sukar sekarang untuk menjadi pilihan oleh pengundi pada pilihan raya umum ke14 akan datang
Pas menolak orang bukan Islam dari DAP tetapi menjalinkan hubungan dengan orang bukan Islam selain ahli DAP
Pas sangat pesimis dengan gerakan parti Amanah sehinggakan mengelirukan ahli-ahli akar umbinya yang berada di persimpangan sama ada ingin meneruskan perjuangan bersama Pas atau menyokong parti baru oleh bekas-bekas ahli Pas