Sedar tak sedar Bersih 2.0 berjaya dilaksanakan atas semangat selepas pertemuan menghadap KDYMM Agong sebelum ini oleh Ambiga, A Samad Said dan lain-lain pemimpin lebih 60 NGo seluruh negara.
Isu besar sekarang ialah apakah penggunaan teknologi hanya dipihak polis atau sesiapa sahaja yang boleh menggunakanya ? Walaupun akhbar arus Umno dan BN bertalu-talu terpaksa mempertahankan tuan-tuannya bagi menyakinkan mereka bahawa Bersih 2.0 amat ganas dan tidak berdisiplin serta memulakan provokasi. Arus perdana Umno dan Bn berhempas pulas menyiarkan apa sahaja alat sambungan nyawa mereka bagi menghalalkan tindakan ganas yang dimulai mereka sendiri.
Dengan ribuan saksi digital dan juga gambar-gambar yang begitu senang untuk diperolehi maka sepatutnya PM Najib dan Hishamuddin memohon maaf kepada rakyat atas insiden tersebut kerana menyebabkan kematian salah seorang peserta dari Bersih 2.0 tersebut.
Kecederaan bukan sahaja dirasai oleh rakyat kebanyakan bahkan turut terkena kepada pemimpin rakyat iaitu Anwar, Hadi, Mad Sabu dan ramai lagi. Walau apapun tujuan Bersih 2.0 telah tercapai iaitu menerangkan kepada rakyat tujuan-tujuan Bersih 2.0 diadakan demi memenuhi tuntutan Perlembagaan negara yang membenarkan sebarang perhimpunan yang aman diadakan bila-bila masa dan dimana sahaja dalam negara kita ini.
Berkata Tok Guru Nik Aziz sekarang kamu semua (Umno dan BN serta polis) boleh berbohong sebanyak mana yang kamu nak tetapi di hari akhirat kelak kamu tidak lagi dapat menyembunyikankan sebarang fakta lagi dan disitulah kamu akan menampakkan kezaliman dan keangkuhan kamu menganiaya rakyat selama di atas dunia dulu. Oleh itu bersedialah menerima balasan dari Allah Taala.
Sebarang impak besar nanti selepas dari ini ialah pilihanraya umum ke 13.