Himpunan Bersih 2.0 yang telah berjaya diadakan pada 9 Julai 2011 dan lalu dan telah mencatat sejarah buat semua rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan yang inginkan keadilan untuk menuntut sistem demokrasi pilihanraya yang tulus dan adil.
Bagaimanapun rata-rata rakyat mengecam tindakan polis yang keterlauan dan biadap dalam menangani perhimpunan aman. Begitu juga dengan kesesakan jalan yang timbul akibat kegentaran polis dan kerajaan BN akan kebangkitan rakyat yang tidak bersenjata.
Mazni Osman daripada Klang berkata, “Saya begitu kesal dengan tindakan polis yang keterlaluan. Sebelum 3 hari himpunan diadakan kita lihat jalan banyak disekat. Kebanyakkan kenderaan di periksa oleh polis. Saya rasa negara kita yang sudah mencapai 52 tahun kemerdekaan ini seolah–olah kembali kepada zaman Jepun. Sungguh memalukan kepada masyarakat luar apabila melihat situasi negara di bawah pengurusan PM Najib.
“Bayangkan semua beg dan kenderaan diselongkar oleh polis. Sebagai negara yang telah mencapai keamanan dan harmonis pihak polis seharusnya memberi kerjasama kepada rakyat untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara tetapi sebaliknya seolah mereka menjadi Pak Turut. Polis boleh fikir baik dan buruknya. Bukan menurut sahaja perintah kerajaan yang dikuasai oleh Umno. Dengan tindakan polis yang keterlaluan ini membuatkan rakyat semakin hilang kepercayaan dan benci kepada polis,” katanya.
Beliau juga tidak bersetuju tangkapan dibuat terutama hanya kerana memakai baju kuning yang sepatutnya tidak salah di sisi undang-undang
“Polis menangkap rakyat yang tidak bersalah seperti hanya membeli dan memakai baju kuning, bahkan pihak penganjur juga telah berusaha untuk meminta kelulusan permit tidak diberi. Perbincangan telah diadakan berulang kali namun tidak mendapat kerjasama dengan baik. Sikap mereka ini membuatkan rakyat terutamanya peringkat belia yang semakin matang berfikir kalau mereka yang dikategori pengundi atas pagar samaada menyokong BN atau ingin menyokong Pakatan Rakyat (PR).
“Saya percaya mereka akan terus menyokong (PR) dalam PRU ke 13 nanti berikutan dengan berbagai tragedis yang telah berlaku lebih-lebih lagi jam 8 pagi rakyat yang sudah hadir di kawasan Kuala Lumpur telah dilayan buruk oleh pihak polis.
“Sungguh amat memalukan kita apabila orang asing datang ke Malaysia hari ini melihat mengapa Negara Malaysia yang dipimpin oleh Najib menjadi huru-hara. Apakah PM, Najib layak mentadbir Negara ini lagi?”, katanya lagi.
Ustaz Mohd Ismi Mat Taib yang datang daripada Perak berkata polis tidak sepatutnya menghalang perhimpunan yang tidak mencedera atau merugikan sesiapa. Apatah lagi menyusahkan perjalanan kebanyakan rakyat dengan menahan dan menyelongkar kebanyakan kenderaan.
“Saya bersama rombongan berkonvoi seramai 30 orang menaiki van dan kereta. Kami bertolak pada hari Jumaat kira-kira 5:40 pagi. Sepanjang perjalanan halangan kami terima adalah pihak polis membuat pemeriksaan di kawasan KTM Batu Gajah ke Kuala Lumpur. Kenderaan kami diselongkar oleh polis. Terdapat 2 orang rakan kami ditahan kerana didakwa membawa garam, tuala dan Baju Bersih 2.0. Mereka ialah Mohd Khair Johan B. Osman, dan Mohd Azlan. Mereka telah diheret polis ke lokap Jinjang, Kuala Lumpur. Saya telah meghubungi peguam untuk memberi khidmat bantuan kepada mereka..
“Pada pandangan saya, rakyat Malaysia yang menentang himpunan ini seharusnya kena faham mengapa kita semua berada di Kuala Lumpur. Ini semua adalah untuk masa depan anak cucu kita. Kita tidak mahu negara Malaysia yang aman dikongkong oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan dan hanya memikirkan kaum kerabat mereka sahaja tetapi rakyat Malaysia ditindas secukup-cukupnya. Sistem demokrasi negara kita semakin tenat dan memenatkan semua pihak untuk memulihkannya kembali. Rakyat seharusnya fikir untuk jangka masa panjang bukan untuk masa pendek.
“Kita juga merasa sungguh kesal dan kecewa dengan tindakan polis yang berat sebelah. Mengapa Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan begitu aman telah diprovokasikan oleh media dan polis?. Mengapa hanya penyokong himpunan Bersih 2.0 sahaja di beri penekanan yang hebat? Rakyat ditangkap, disepak dan dilayan dengan buruk tetapi mengapa himpunan Patriot yang dibawa oleh pemuda Umno/BN tidak di tangkap seperti kami. Ini berlaku juga ketika solat jumaat baru-baru ini di Masjid Negeri Ipoh, kami lihat seramai lebih kurang 15 orang pemuda Umno-BN memakai baju Patriot, polis menjalankan tugas ketika itu tidak pula cuba menangkap mereka. Mengapa rakyat yang tidak bersalah untuk berhimpunan dan tidak memakai baju Bersih 2.0 hanya menyimpan dalam beg ditangkap? Polis benar-benar tidak tulus menjalankan tugas. Adakah mereka diberi rasuah oleh pihak kerajaan sehingga melaksanakan tugas yang sedemikian rupa?.
“Tindakan ini membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada Polis dan menganggap Najib tidak layak menjadi PM Malaysia untuk membawa Malaysia kearah kemajuan. Seharusnya kita rakyat Malaysia yang cintakan keamanan Negara ini perlu menumbangkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam PRU ke 13 nanti,” tegas Ismi.
Umi Syazariah Bt Meor Hashim, 29 tahun yang datang daripada Johor juga kesal dengan sekatan yang keterlaluan sehinga melumpuhkan Kuala Lumpur seolah-olah bandaraya itu dalam keadaan darurat.
“Perjalanan yang sepatutnya hanya memakan 4 jam tetapi menjadi 6 jam atas kesesakan lalu lintas kerana polis membuat sekatan dan membuat pemeriksaan semua kenderaan. Berlaku kemalangan di Tol Sungai Besi yang sangat teruk,” ujarnya.
Beliau tidak bersetuju dengan tangkapan melampau yang dilakukan polis sehingga mencecah jumlah ribuan orang.
“Saya rasa tindakan yang diambil oleh Kerajaan dengan mengarah semua pihak polis menangkap peserta himpunan Bersih 2.0 adalah satu kesalahan besar. Kerajaan menggunakan kuasa mereka yang keterlaluan sehingga rakyat tidak diberi peluang untuk berhimpun secara aman.
“Sebagai pimpinan mereka seharusnya menerima pandangan rakyat bukan menolaknya bulat-bulat. Sebagai pimpinan mereka harus menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat dengan menunaikan janji. Tetapi fenomena hari ini PM telah menunjukkan sifat munafiknya kerana gagal melunaskan janji untuk menyediakan stadium kepada rakyat. Apakah salahnya mereka memberi kelulusan dalam himpunan Bersih ini yang sudah jelas termaktub hanya menuntut pilihanraya yang tulus dan adil bukan untuk menjatuhkan Kerajaan sediaada.
“Tetapi dengan kegagalan PM mennjalankan tugas dan melakukan kezaliman terhadap rakyat, kita yakin generasi muda yang semakin bijak menilai akan menumbangkan BN dalam PRU ke 13 nanti.
“Kami berkumpul dalam himpunan Bersih 2.0 adalah secara aman tidak membawa sebarang senjata. Senjata kami sebagai orang Islam adalah doa. Amat dikesali juga apabila polis dengan suka-suka hati menangkap mereka yang memakai tudung labuh, berkopiah putih dan berkumpul berkelompok. Masjid juga tidak dibenarkan untuk rakyat solat sunat ketika berada di Masjid Negara. Sedangkan rumah Allah disediakan untuk umat beribadah. Tetapi rakyat yang berada di situ di halau oleh polis. Mereka tidak langsung takut dengan hukuman Tuhan. Mereka menjalankan tugas keterlaluan tanpa batasannya.
“Ini menunjukkan UMNO-BN yang diketuai oleh Najib serta pihak polis yang beri kerjasama sepenuhnya kepada BN boleh dikatakan seperti takut dengan kebangkitan rakyat terutamanya apabila melihat generasi muda yang hadir pada hari ini ramai berhimpun untuk menuntut pilihanraya yang tulus,” katanya.