Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyangkal dakwaan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang cuba mengulas istilah revolusi yang cuba dikaitkan dengan Himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) cuba mengaitkan ianya ingin menggulingkan kerajaan
Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Dr Raja Ahmad Al Hiss dakwaan seperti itu adalah berniat jahat. Dalam masa yang sama Umno dan Datuk Seri Zambry seolah-olah terlupa bahawa cara Umno / Barisan Nasional (BN) mendapat Kerajaan Negeri Perak pada 2009 lalu adalah dengan cara yang tidak terhormat
“Kami melihat pendekatan Datuk Seri Zambry cuba memburukkan pemikiran rakyat terutama yang telah sama-sama menyertai himpunan tersebut pada 9 Julai yang lalu.
“Jika Datuk Seri Zambry mengandaikan revolusi terhadap himpunan BERSIH 2.0 ini, sebenarnya cara jahat yang dilakukan oleh BN di Perak lebih kotor lagi dan mereka telah menggulingkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Perak dengan istilah revolusi sebenarnya. Dalam proses demokrasi yang ada, siapakah yang menggunakan pendekatan jahat dalam negara kita?
“Bukankah dalam sejarah politik tanah air, BN seringkali melakukan kaedah kotor yang boleh disifatkan dengan cara revolusi?
“Di mana cara revolusi adalah kaedah yang melanggar prinsip demokrasi dan Undang-Undang yang ada dalam negara kita, adakah BN telah melakukan revolusi di Perak?
“BN merampas secara jahat dengan menafikan hak rakyat yang memilih pemimpin mereka di dalam sistem Pilihanraya? Datuk Seri Zambry perlu diam jika benar cara BN Perak mendapatkan mandat rakyat dan bukannya memburukkan orang lain seolah-oleh cara BN baik dan adil,” katanya.