Sebagaimana umum menanggapi PAS ialah terdiri dari komuniti orang yang berlatarbelakangkan pendidikan agama dari pelbagai tempat pengajiannya sepertimana yang difahamkan orangramai Kumpulan Taliban di Afghanistan adalah terdiri dari golongan yang fanatik agama di sana.
Mutakhir ini PAS mulai dibanjiri oleh golongan profesional terutama ketika PAS mulai bertapak di Kelantan sebagai sebuah kerajaan yang memerintah hasil kerjasama politik dengan parti serpihan Umno itu sendiri yang diketuai oleh Ku Li.
Di peringkat pusat pula kemasukan ahli PAS dari golongan bekas pegawai kerajaan pula yang popular ialah Dato Dr Hasan Ali bekas pegawai tinggi kerajaan yang bergiat aktif sebagai pakar motivasi dan seterusnya ialah bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudin Mohd Taib dan selepas itu tokoh paling popular akibat dizalimi Mahathir iaitu Tun Dato Salleh Abbas mantan Ketua Hakim Negara.
Begitu dengan profesor universiti seperti Prof Dato Dr Mahfuz, Prof Madya Abdul Aziz Hanafi, Abd Ghani Abdul Rahman dari UTM, bekas pendaftar USM Haji Ahmad, Prof Shahnon Ahmad, Prof Mady Rosli Che Mat.
Ahli-ahli perniagaan terkenal seperti golongan korporat Kamaruddin Jaafar bekas ABIM dan Umno, Haji Abdul Aziz dari Perlis, Haji Ir Abdul Wahab Ismail dari kumpulan Ingress Bhd, Pahrolrazi dari Kedah dan lain-lain latarbelakang lagi.
Persoalannya mengapa dan kenapakah mereka semua memilih PAS seperti nelayan dari Kuala Kedah, nelayan dari Sedili, Nelayan dari Kuala Kemaman, petani dari Kerpan, petani dari Manir, penorah getah dari Jengka 14, peneroka dari Felda Sendayan, para buruh dari projek-projek mega di Kuala Lumpur dan juga peniaga pasar malam dan pasar Chow Kit dan tidak kurang juga penyertaan dari golongan pelajar universiti dan juga penduduk kampung-kampung tradisional dari merata pelusuk tanahair dan tidak ketinggalan dari pendalam Sabah seperti dari Kundasang, Tawau, Semporna dan dari Sarawak seperti Miri, Kapit, Semarahan dan lain-lain lagi.
Ya, sememangnya PAS mempunyai pendirian yang jitu dalam hal agama dan terpulanglah kepada ahli dan penyokong samada mahu melaksanakan tuntutan agama dengan sebanyak mana sekalipun mengikut kemampuan iman masing-masing.
Cuma PAS teruji dengan hebatnya apabila ia menjadi pemerintah sebagai kerajaan kerana ketika itu ianya sebagai ganti kepada kerajaan terdahulu iaitu BN-Umno. Jikalau dahulu mereka berada di luar kerajaan dengan mengkritik dan menghetam atau sebagainya nah sekarang mereka teruji apabila mendapat sedikit kuasa memerintah dan membuat setiap keputusan khususnya bagi kebaikan rakyat.
Ada yang melihat hal ini sebagai PAS sudah berubah dan kebanyakan YB PAS mulai melupai asal-usul dan meninggalkan kawan sebaliknya mereka mulai bergaya sakan, berjoli dan bermewah-mewahan seperti orang BN-Umno juga.
Ada yang mulai menjauhi PAS kerana persepsi tersebut. Ada yang diam semasa pillihanraya sehingga menyebabkan PAS kalah semula di tempat yang pernah dimenanginya.
Maknanya sifat kedengkian atau iri hati mulai menjalar dalam diri ahli-ahli PAS apabila membandingkan perubahan rakan-rakan mereka semasa dan selepas kemenangan dalam pilihanraya.
BERSAMBUNG>