Bekas Menteri Besar Negeri Perak yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menziarahi bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Haji Abdullah Antong di kediaman beliau pada 2 Februari lalu.
Abdullah adalah setiausasa DUN Perak ketika peristiwa rampasan kuasa yang diketuai TPM Najib Razak pada awal 2009 dengan pembelotan dua ADUN PKR dan seorang DAP.
Pembelotan dan rampasan kuasa itu menamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia hampie setahun pimpinan Ir Nizar Jamaluddin.
Selepas bersara beliau secara terbuka menafikan penglibatan dirinya dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan PR Perak. Kemudian Abdullah adalah satu temuramah bersama Perakkite Daily mengakui mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Nizar adalah MB Perak yang sah dan menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009.
Ikuti petikan temubual beliau: http://mafiaboss2u.blogspot.my/2012/08/bekas-setiausaha-dewan-negeri-perak.html