TAIPING: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melalui Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke – 13 telah melancarkan laman sosial Facebook khas buat Pengundi PAS Luar Perak .
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Abu Bakar Hussien bersempana Majlis Liqa Fikri di Dewan Tuan Guru Abdul Samad Noh, Markaz Tarbiyyah PAS Perak, Air Kuning, Changkat Jering. Turut hadir bersama adalah pimpinan tertinggi PAS Perak.
Haji Abu Bakar dalam ucapan ringkasnya mengharapkan usaha pelancaran ini akan membantu PAS / Pakatan Rakyat kembali memenangi semula Kerajaan Negeri Perak yang telah dirampas oleh Umno / Barisan Nasional. Jabatan Pilihanraya PAS Perak melalui Portfolio Urusan Pengundi Luar bertanggungjawab memastikan fungsi Facebook ini dimaksimakan.
Dalam masa yang sama Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak, Haji Asmuni Awi berharap agar Facebook ini akan menjadi pentas bagi semua pengundi luar yang menyokong PAS / Pakatan Rakyat dapat menggunakan laman sosial ini sebaik mungkin bagi membantu dalam pilihanraya nanti. Jabatan Pilihanraya PAS Perak mensasarkan 50,000 akan bersama nanti dengan Facebook sebelum pilihanraya akan datang.
“Bagi semua pengundi yang menyokong PAS / Pakatan Rakyat terutamanya yang berada di Lembah Kelang agar dapat bersama dengan Facebook ini yang menjadikan ianya komunikasi dan saluran berita PAS / Pakatan Rakyat di Negeri Perak. Ianya juga sebagai pentas mendapatkan maklumat yang akan dijawab oleh pimpinan PAS yang turut menjadi perhubung dalam Facebook,” katanya.
Jabatan Pilihanraya PAS Perak berharap semua pengundi luar yang kini berada di seluruh negara agar kembali ketika Pilihan Raya Umum ke – 13 nanti bagi memberikan undi kepada PAS / Pakatan Rakyat nanti. Dengan usaha tersebut nanti akan sama-sama memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat hendaknya.