Pelbagai penipuan sedang diusahakan oleh kerajaan BN demi mempertahankan kuasa. Salah satunya dengan memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing dan setiap mereka dilatih mengundi BN pada pilihanraya akan datang.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendedahkan terdapat sebuah resort di Pahang yang dijadikan tempat pendaftaran dan kursus mengundi bagi pendatang asing berkenaan. Beliau meminta pusat tersebut disiasat segera.
“Sebelum ini dalan sidang media di Terengganu saya telah mendedahkan satu pusat pemprosesan kad pengenalan untuk diberi kepada warga asing. Proses itu berlaku di sebuah resort di Cheranting, Pahang. Pendatang dikurung di sana dan diberi kursus mengundi. Saya minta jenayah ini disiasat segera,” katanya dalam sidiag media di Pejabat Agung PAS, dua hari lalu.
Ditanya wartawan adakah beliau mempunyai bukti, Mustafa berkata beliau memiliki bukti kukuh dan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh terdekat
Saya akan serahkan bukti lengkap kepada pengerusi SPR. Timbalannya saya kurang percaya. Saya akan serah kepada pengerusi dalam masa terdekat, mungkin selepas hari raya,” katanya.