Kembali ke Rahmatullah
Kalau di Taman-taman perumahan di sekitar ibu negara dan Selangor telah ramai warga emas dan tak kurang juga ahli-ahli kariah telah kembali ke rahmatullah sejak awal Rejab lagi di tambah Syaaban dan akhirnya sekarang Ramadhan. Senarai pengundi saluran 1 adalah yang paling ramai telah pergi menemui Allah Rabbul Jalill.
Di kalangan pemimpin pula samada bekas dan masih memimpin ada juga yang telah pergi termasuklah YB Dr Lo Lo Dato Ghazali ahli parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur terakhir ialah novelis, guru dan aktivis politik terkenal iaitu Haji Azizi bin Abdullah pengarang novel teks KPM Seorang Tua Di Kaki Gunung. Sahabat baik almarhum Dato Fadzil Noor.
Isu-isu semasa Ramadhan
Anwar Ibrahim di perintahkan untuk membela diri kerana didapati mempunyai prima facie terhadap kesnya yang difitnah meliwat bekas pelayan kopinya Saiful Azlan. Tetapi TV3 suku telah sekonyong-konyong mewar-warkan seolah Anwar memang telah meliwat Saiful dengan menyiarkan kesedihan dan trauma Saiful kerana fitnah tersebut.
Keterangan oleh Dr Osman seorang rakyat Myanmar yang bertugas di Pusrawi ketika itu menyatakan bahawa Si Saiful ada membuat pengakuan bahawa dia memasukkan objek palstik ke dalam duburnya. Kononnya itulah yang dikatakan dia di liwat lalu mengadu ia kepada sang perdana menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Walau apapun hanya Allah yang Maha Mengetahuinya dan menetapkan qado dan qadarnya.
Serbuan JAIS dan penglibatan Umno
Cikgu Pa sanggup berjumpa Umno Selangor yang mahu menyamannya selepas Hari Raya ini kerana menuduh Umnio Selangor terlibat dengan maklumat serbuan ke atas sebuah gereja orang Kristian di PJ.
Insya ALlah kita akan dapat pendedahan yang lebih terkini nanti bila kes ini dibawa ke mahkamah kelak.
Cikgu PA orang lama jangan Umno nak goreng dan perlekehkan beliau.
Sidang DUN Terengganu
Mat Said MB Terengganu pening bila Adun PAS menanyakan bab belanja negeri sejak beliau jadi MB.
Terkial-kiial Mat Said sebut dalam Dun dan diluar Dun kerana main angka-angka ni payah juga.
Janji rakyat tahu kemana perginya wang rakyat samada hasil negeri atau wang ehsan apakah membawa kepada keuntungan rakyat seluruhnya ataui kroni UMno sahaja.
Ramalan TUN DAIM Zainuddin
Hanya Melaka, Johor dan Pahang sahaja yang kekal di tangan BN selepas PRU 13 nanti, ye ke ?
Maknanya ramalan beliau Pakatan Rakyat akan mendapat kuasa di Putrajaya kah ?