Sempena Syawal, PKR Cabang Seremban memberikan sumbangan kepada Puan Asiah Rahmat, 39, dan ibu tunggal Rahmah Abdullah, 26, serta empat anaknya di Lot 369, Kampung Jiboi Baru, Ampangan Seremban.
Kedua-dua mereka yang menghuni sebuah rumah pusaka telah diputuskan belakan elektrik dan air sejak beberapa minggu lalu kerana tidak mampu membayar bil tertunggak sejumlah RM3017.35 (Bil TNB berjumlah RM 1973.40 dan bil SAINS berjumlah RM 1043.95). Berdasarkan jumlah tunggakan bil terakhir yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) & Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) Negeri Sembilan.
PKR cabang Seremban membayar tunggakan bil itu dan keluarga tersebut telah menyambut hari raya dengan gembira. Timbalan Ketua Cabang Seremban, Dr. Mohamad Rafie yang mengunjungi keluarga tersebut itu disambut ceria oleh keluarga Rahmah.
“Syukur alhamdulillah, keperihatinan dan pertolongan daripada PKR Cabang Seremban dengan menjelaskan bil yang tertunggak dan sekarang bekalan elektrik dan air telah disambung semula. Ini memudahkan anak-anak saya belajar pada waktu malam,” katanya sambil menitiskan air mata.
Menurutnya, selepas bercerai dengan suaminya pada tahun 2010, ibu gigih itu melakukan pelbagai kerja bagi menyara anak-anaknya dan dia juga tidak membenarkan anak mereka berhenti sekolah walaupun kesempitan wang. Tambah beliau, dia tidak pernah mendapat bantuan dari mana-mana pihak daripada agensi-agensi kerajaan Negeri Sembilan.
Manakala kesihatan kakaknya mula terjejas akibat penyakit TIBI katanya semasa diikunjungi Timbalan Ketua Cabang Seremban, Dr. Mohamad Rafie dan rakan-rakan PKR Cabang Seremban pada Rabu lepas. Tambah beliau lagi dia tidak mampu menjelaskan bil elektrik dan air menyebabkan bekalan ke rumah peninggalan keluarganya dipotong.
PKR Cabang Seremban akan berikhtiar membantu sedaya mungkin keluarga daif ini dengan menghantar permohonan atau merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) & Pusat Zakat, Negeri Sembilan agar dapat membantu dan meluluskan bantuan bulanan segera kepada keluarga ini agar tidak terlalu terhimpit dengan kemiskinan hidup walaupun telah 54 tahun kita negara kita merdeka.