Kerajaan Pulau Pinang akan membuat pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) pada hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, 7 April lalu.
“Saya akan menghadap Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada Isnin ini, 8.30 pagi.
“Selepas itu diikuti satu sidang media khas yang akan diberitahu kemudian,” katanya.
Menurutnya, pembubaran Dun Pulau Pinang adalah bagi memberi laluan kepada PRU14.
Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 peringkat negeri Pulau Pinang di Komtar.
Pada program ini, beliau menyampaikan sumbangan RM1,000 dan sijil kepada 28 orang calon STPM 2017 yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.
Turut diraikan lima pelajar terbaik daripada setiap kaum dan lima pelajar khas terbaik STPM yang juga akan menerima wang tunai RM1,000 berserta sijil.