Dengan sebab undi Cina dan bantuan DAP dalam PRU 12 lalu, Ustaz-ustaz PAS dibenarkan berceramah dan kuliah agama secara bebas di masjid dan surau di negeri-negeri Pakatan memerintah.
“Undi Cina yang telah mengundi kamu sampai kamu menang, sampai kamu dapat elaun jadi Ahli Parlimen”, Kata Ustaz Uda Kasim yang kini salah seorang guru agama rujukan dalam Parti AMANAH Negara.
Sebelum Pakatan menguasai Selangor dan Pulau Pinang, ramai ustaz-ustaz PAS dihalang menyampaikan ceramah dan kuliah agama di masjid dan di surau.
Malahan, Mursyidul Am PAS, Dr Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus pernah dikeluarkan surat tangkapan oleh JAIS ekoran menyampaikan ceramah agama yang masing-masing berlaku di Kota Damansara, Selangor dengan alasan tiada Tauliah.
Namun begitu, Ustaz Uda Kasim menampilkan rasa tidak tepat, apabila bantuan orang cina dan DAP tidak dihargai oleh para ustaz-ustaz PAS hanya semata-mata dengan perbedaan pendapat dalam politik kepartian, malahan diberikan penghinaan pula kepada mereka.
“Kamu sedut pertolongan mereka, tetapi bila kamu lepaskan balik, kamu lepaskan dengan penghinaan kepada mereka; kamu khianati semula mereka. Ini bukan sifat orang mukmin”, Kata Ustaz Uda Kasim yang dahulu salah seorang berjawatan di lembaga zakat Selangor.
Ustaz Uda turut menyatakan bahawa sebelum sebelum AMANAH ditubuhkan, ada beberapa orang pemimpin parti AMANAH negara berjumpa dengan beliau, ketika itu beliau telah menyatakan bahawa beliau telah lama meninggalkan parti PAS. – KhabarSiasah