Ada yang terkejut beruk dan ada yang dah menjangka keputusan pilihan raya umum ke 14. Masing-masing ada yang terpaksa berpusing 280 darjah dek keputusan PRU14 ini.
61 tahun BN berkuasa akhirnya perjuangan reformasi Anwar 20 tahun lalu menampakan hasilnya. Persis kejatuhan Suharto di Indonesia pada 1998 lalu.
PH cemerlang
Tidak ada sesiapa menyangka Pakatan Harapan akan mentadbir sebahagian besar negeri di Malaysia. 8 negeri ditadbir PH dan Warisan.
Hanya Perlis, Sarawak dan Pahang BN bertahan serta Terengganu dan Kelantan. Lain-lain negeri, sekecil Melaka pun berjaya ditawan PH
Dakyah DAP anti Islam
Malangnya di Pantai Timur dakyah DAP anti Islam diterima bulat-bulat. Kononnya DAP akan buang Islam atau mengancam Islam jika PH menang. Pas pula berjaya menjual syariah hudud dengan cara tersebut di Kelantan dan Terengganu serta sebahgian Kedah. Kejayaan besar Pas di Kelantan dan Terengganu adalah cabaran apakah mereka akan berjaya melaksanakan sistem Islam
Pengampunan Anwar
Pengampunan penuh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim membawa obor sinar untuk kejayaan PH lebih cemerlang pada masa depan. Anwar adalah faktor segala-galanya dan Mahathir hanya menumpang sebuah taubat kekesalan dan keinsafan setelah dia jadi PM selama 22 tahun lalu
Shabery hero tumpas
Gelombang hijau menyebabkan menteri yang banyak berjasa di Terengganu dan kawasan Kemaman, Shabery Cheek tumpas. Tetapi reputasi mantan MB Terengganu, Ahmad Said yang teruk diperkatakan rakyat tetap menang sekali pun majoriti merudum. Ada yang geram kenapa masih menang walaupun dia lah yang disangka rakyat akan tersungkur tetapi sebaliknya kerajaan BN Terengganu pula yang runtuh.
Amanah ganti Pas
Parti sekecil Amanah Allah beri kerajaan di negeri Melaka yang punyai sejarah kedatangan awal agama Islam.
Abang Haji Adly Zahari KM Melaka yang baru punyai beberapa orang penghafal Al Quran 30 juzuk mengejutkan rakyat Melaka.
Amanah terbukti belum mati seperti ramalan Pas bahawa selepas PRU14. Malah Presidennya pula, Mohamad Sabu diamanahkan sebagai Menteri Pertahanan untuk mendidik tentera ke arah yang lebih baik bagi Malaysia mempertahankan kedaulatan negara tercinta.
Itulah kerja Allah. Dia menaik dan menurunkan.