Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melawat Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim semalam di hospital.
Pengerusi Pakatan Harapan itu melawat Anwar yang kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas menamatkan sidang akhbar di ibu pejabat Bersatu petang tadi.
“Beliau terus melawat selepas sidang akhbar sebentar tadi,” pembantunya mengesahkan.
Menurut keluarga Anwar, beliau dikejarkan ke hospital pada Sabtu akibat kecederaan severe prolapsed disc.
Dalam satu kenyataan, keluarganya berkata doktor di PPUM sedang mengawasi keadaannya dengan rapi.
Kenyataan juga menyebut doktor menasihatkan supaya Anwar tidak menerima pelawat.
Anwar dikejarkan ke hospital apabila tidak dapat bergerak selepas pulang dari Turki pada Sabtu.
Anaknya, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau dikejarkan ke hospital berhampiran.
“Ya, serius,” ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu The Malaysian Insight. – TMI