.
ISU HUDUD KEMBALI BERGEMA
Tap tup tap, maka berkokoklah utusan meloya akan reaksi pejuang sang singh Karpal Singh kononnya beliau sangat anti hudud.
Di tonjolkan pula Tok guru nik Aziz tetap mempertahankan hudud walau apapun terjadi.
Kata berita bahawa Hu Phang Chow pun tak setuju hudud dilaksanakan dan mengugut undi bukan Islam akan hilang.
Pulak, Mufti kontroversi Harussani nasihatkan Najib supaya bagi laluan kepada Kelantan untuk hudud
Najib pula kata Pusat boleh bagi laluan tapi gitu dan gini pulak.
PAS tetap dengan hasratnya untuk tidak akan berganjak berhubung pendirian melaksanakan hudud kata Dato Tuan.
Ada penganalisa kata Umno terperangkap bila mainkan isu hudud.
begitulah isu hudud ini dimanipulasikan oleh pihak yang samada jahil atau jahat dan munafik kerana tidak mahu melihat hukum Allah dilaksanakan di negara tercinta ini.
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara ini dan Kami akan menerima apapun jua takdirMU.
BAJET BN DAN BAJET PAKATAN RAKYAT
Syabas kepada pakatan Rakyat yang berani mengemukan bajet rakyat meskipun belum jadi kerajaan di Putrajaya.
Ada beberapa idea telah terangan dicedok oleh najib letak dalam bajetnya baru2 ini.
Biarlah semuanya untuk rakyat tak mengapa, cuma Hamid Zahid kata hanya 2 perkara sahaja di tiru.
Kot mana sekalipun bajet Najib tetap cacat dan senget kerana teruja sangat untuk meraih undi pada PRU 13 nanti.
Semoga Pakatan Rakyat akan sempat mengemukakan bajetnya bila BN kalah menguasai Putrajaya pada PRU 13 akan datang.
ISU SERBU GEREJA
Insya Allah kata YAB MB Selangor DYYM Sultan Selangor akan mengumumkan perihal perkara itu.
Hasan Ali kata ada pihak yang silap dan salah lapor tentang peranan JAIS masa serbu gereja.
YAB MB Selangor minta semua pihak dalam kerajaan kena senyap dulu dan biarlah saisatan yang akan dijalankan selesai dulu.
Sehingga kini PAS disaman oleh Umno Selangor kerana cakap Umno ada hubungkait dengan serbuan itu.
Tunggulah di mahkamah nanti.