KOMENTAR ISU HIMPUN
Beberapa jam sebelum keputusan Lajnah Politik PAS Pusat menyampaikan keputusan mesyuarat mereka semalam satu maklumat awal telah dapat dipintas melalui kenyataan awal oleh Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang.
Terlebih dahulu Pakatan Rakyat telah mengadakan perbincangan dgn disertai hampir kesemua pimpinan utama PR di Parlimen. Selepas itu Anwar mmebuat kenyataan untuk menyerah kepada PAS apakah pendiriannya berkait dengan HIMPUN yang bakal diadakan pada Sabtu ini.
Selepas dari itu Presiden PAS terlebih dahulu memberikan komen yang sinis tentang objektif sebenar HIMPUN walaupun diterajui oleh seorang tokoh yang berwiwbawa seperti Cikgu Azmi Hamid dari Teras Keupayaan Melayu sebuah NGO yang aktif.
Akhirnya pada selepas waktu tengah malam selepas selesai mesyuarat Lajnah Politik iaitu sebuah biro yang amat penting dalam PAS lalu keputusan untuk tidak terlibat dengan HIMPUN tersebut.
Namun kenyataan penting dan tegas dari seorang pemimpin PAS di Selangor iaitu Pesuruhjaya PAS yang baru YB Dr Mohd Rani Osman amat penting dan mempengaruhi setiap keputusan PAS Pusat kenyataannya adalah hasil rumusan apa yang sedang berlaku di Selangor.
Maka sesuatu tindakan yang tegas patut diambil mungkin kedua kalinya selepas amaran keras Jawatankuasa Disiplin kepada pemimpin tertentu di Selangor kerana kedegilannya untuk tidak mengendahkan kepimpinan tertinggi PAS di Selangor. Ini kerana PAS Pusat sedang menghadapi saman dari Umno Selangor kerana bertegas dengan penglibatan pihak Umno dalam insiden JAIS menyerbu sebuah premis milik penganut agama Kristian di petaling Jaya.u
Kali ini demi untuk menghadapi pilihanraya yang amat penting tidak berapa lama lagi maka PAS Selangor khususnya yang amat penting kepada Pakatan Rakyat di negeri ini harus bertindak dengan lebih berani dan wajar menghadapi “musuh” atau anasir dalamannya sendiri seolah mahu mempunyai agenda sendiri tanpa patuh kepada keputusan jamaah.
Sebelum ini di Selangor pemimpin tertentu yang menjadi Exco telah mengadakan perjumpaan dengan sebahagian pemimpin masjid dalam Selangor untuk mengerahkan kehadiran di majlis HIMPUN itu. Melalui khutbah juga pemimpin tersebut berapi-api menyeru orang Islam di Selangor khasnya menyertai HIMPUN bagi menyatakan sokongan kepada agenda Umno itu nanti.
Ini semua berlaku kerana kedegilan tertentu di Selangor yang gagal mematuhi keputusan jamaah. Umno akan merayakan kejayaan HIMPUN dan mengharapkan beberapa pimpinan atau ADUN di Selangor dapat membantu cita-cita nya merampas negeri ini dari pakatan Rakyat. Menteri Besar Khalid Ibrahim selaku ketua kerajaan PR harus mulai bertindak mengikut keputusan PAS Pusat ini.
Selepas ini harapnya Cikgu Azmi dan rakan-rakan menyedaria agenda sulit dan tersembunyi penganjuran HIMPUN dengan memperalatkan pemimpin TERAS ini.