Pengundi di dalam Dewan Undangan Negeri Gombak Setia bakal mendapat calon yang baru bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut ekoran penyandang yang sedia ada tidak lagi berkemungkinan besar tidak dicalonkan lagi atas faktor-faktor yang biasa dalam usaha mencapai kemenangan berturut-turut.
Seluruh jentera pilihanraya PAS dan pakatan Rakyat mengalu-alukan perubahan tersebut untuk terus mengekalkan kemenangan di Dun Gombak Setia.
Sementara itu bagi calon Parlimen Gombak kekal di tangan PKR dan Dun Batu Caves manakalan PAS kekal di dua Dombak Setia dan Hulu Kelang.
Selian nama Ketua Pemuda PAS negeri tersebut nama YDP Gombak juga turut disenaraikan bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak.
Ini bermakna ADUN sekarang iaitu Dr Hasan Ali tidak akan bertanding lagi jika telah muktamad pemilihan calon nanti. Walaubagaimana sekalipun keputusan muktamad pencalonan bagi PAS di semua peringkat ialah diputuskan oleh Majlis syura Ulama PAS. Untuk mengikat semua calon PAS maka akujanji berbentuk lafaz baiah masih akan digunakan oleh PAS bagi menghadapi situasi lompat yang berlaku sepanjang masa dalam sistem pilihanraya Malaysia.
Sementara itu ramalan para penganalisa politik berpendapat kemungkinan bagi PM Najib mengadakan pilihanraya umum ke 13 pada penghujung tahun 2011 bakal menjadi kenyataan apabila Najib kembali dari menunaikan fardhu haji pada musim ini.