Arafah… Betapa sukarnya jemaah haji suatu ketika dahulu bermalam di bawah khemah yang kecil dan tidak selesa seperti jemaah Malaysia hari ini
Dataran Kaabah
Betapa sukarnya umat Islam pada zaman dahulu untuk menunaikan rukun Islam. Itu belum lagi perjalanan yang memakan masa berbulan lamanya menaiki kapal laut. Jemaah sekarang amat beruntung kerana perjalnan yang mudah menaiki kapal terbang. Kemudian mengerjakan haji dengan bantuan Tabung Haji
Dahulu menggunakan sistem sheikh dan jemaah perlu membayar sheikh yang dipilih di Makkah. Bayaran bergantung kepada sheikh. Ada yang kenakan caj tinggi dan ada pula berpatutan.
Biarpun zaman berubah namun keimanan umat Islam sepatutnya kekal dan tidak berubah. Semua yang pergi menunaikan ibadat haji diharapkan mendapat haji yang mabrur.