Tamrin Tun Ghafar
- PIAGAM adalah Perlembagaan dan Dasar yang dimuktamadkan bersama yang melibatkan sesuatu dasar antara pihak-pihak tertentu.
- Semua pihak yang menandatangani Piagam ini harus bertindak mengikut apa yang telah dipersetujui.
- PAWAGAM pula adalah ringkasan 3 perkataan , Panggung Wayang Gambar atau dalam bahasa Inggerisnya – cinema.
- Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam tahun 622M bersamaan Tahun Pertama Hijrah merupakan Perlembagaan bertulis pertama dalam sejarah dunia.
- 10hb Januari 1920 menyaksikan satu lagi Piagam yang telah ditandatangani oleh negara – negara bersekutu yang telah menang peperangan dunia pertama dengan ujudnya The League of Nations yang kemudiannya dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu atau United Nations ( UN ).
- Baru – baru ini suatu mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO telah diadakan khusus bagi menghalusi isi kandungan perjanjian yang bakal menyaksikan kerjasama antara UMNO dan PAS.
- Bagi memberi ‘impak politik’ atau ‘political impact’ keatas perjanjian yang akan ditandatangani oleh kedua – dua parti tersebut maka UMNO mencadangkan perkataan PIAGAM itu digunapakai.
- Salah satu terma yang dicadangkan ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis diserahkan kepada PAS untuk mentadbir – ini membawa erti UMNO TIDAK AKAN meletakan sebarang calun mereka bertanding di negeri – negeri tersebut.
- Bagi timbalbalas, PAS akan menyokong kesemua calun UMNO dan BN yang lain termasuk MCA dan MIC di Kawasan DUN dan Parlimen yang tidak di tandingi PAS.
- Dengan kerjasama ini UMNO khususnya percaya mereka pasti akan berjaya merampas Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke15 yang akan datang.
- Jika rancangan mereka ini berjaya, maka pemimpin UMNO sama ada Zahid Hamidi atau Mohammad Hassan akan dipilih sebagai Perdana Menteri sementara Hadi Awang adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
- Maasalahnya Zahid sedang berhadapan dengan 47 tindakan mahkamah dan sedang menunggu giliran untuk dibicarakan.
- Kes RM10 juta yang di hantar ke London melalui sebuah syarikat Pengurup Wang atau Money Changer TANPA memaklumkan Bank Negara Malaysia oleh Mat Hassan berkemungkin besar akan diketengahkan semula.
- Selain mereka berdua ini, hamipr kesemua pemimpin UMNO termasuk Annuar Musa sedang dan akan diheret ke Mahkamah diatas berbagai kesalahan yang dilakukan semasa berkuasa dahulu.
- UMNO sendiri sedang berhadapan tindakan oleh Pendaftar Pertubuhan atau
Registrar of Society
( ROS ) kerana melanggar Akta Pertubuhan itu sendiri. - Jika UMNO itu sendiri didapati telah melanggar undang – undang yang digubal semasa mereka memerintah dahulu, maka JANGAN ada suara – suara sumbang mengatakan Kerajaan hari ini zalim apabila tindakan termasuk mengharamkan UMNO oleh ROS dilakukan.
- Sejak Hadi mengambil alih selepas Tok Guru Nik Aziz kembali ke pangkuan Illahi, berbagai – bagai isu berlaku.
- Kepada ahli – ahli PAS totok yang pekak , bisu dan buta hati, mereka ini menggangap Hadi ini maksum seperti Nabi; segala apa yang di perkata dan dilakukan Hadi benar belaka walaupun sebenarnya salah.
- Mereka ini terdiri dari spesis tidak sedar bahawa hidung mereka sedang ditarik seperti lembu.
- Hadi terang – terang menipu mereka tentang beberapa pemimpin PAS TELAH menerima sogokan dari Najib yang menggunakan duit curi 1MDB – ini mengikut Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.
- Pendedahan Zaharuddin, menantu beliau sendiri berhubung perkara yang sama.
- Pembayaran RM1.4 juta oleh penganut tegar PAS , Ramlii Musa kepada Clare dari Sarawak Report sedangkan Hadilah yang menyaman malu Clare di London.
- Kenyataan Ketua Pengarah ROS amat jelas bahawa mana – mana parti jika terbukti mendapat bantuan dari sumber haram maka ia boleh diharamkan.
- Jika ROS membatalkan pendaftaran UMNO dan PAS maka PIAGAM yang bakal ditandatangani akan bertukar menjadi PAWAGAM sahaja.
- Pesan Tok Guru Nik Aziz , UMNO AKAN CARI KITA ( PAS ) APABILA LEMAH; MEREKA AKAN TENDANG KITA APABILA KUAT.
- Biarlah ahli – ahli PAS yang walak terus dicucuk hidung dan pemakan dedak UMNO mati kelaparan asalkan majoriti rakyat tidak turut tertipu.
- Apa pun yang AMAT PENTING, dengan termetrinya nanti perjanjian kerjasama ini, ia adalah bukti kukuh bahawa AMANAT HADI yang pernah dibuat pada 17hb April 1981 adalah satu pembohongan Hadi semata – mata bagi meraih sokongan umat Melayu / Islam terhadap PAS.
- Hadi dan PAS akhirnya terpaksa menjilat ludah dan kahaknya sendiri apabila menerima UMNO yang pernah dikafirkan dahulu.
- Perjanjian kerjasama antara 2 musuh ketat ini adalah PENGIKTIRAFAN dan KEMENANGAN BESAR BAGI UMNO.
- Sama – sama kita tonton cerita ‘Ali Baba dan 40 Penyamun’ di PAWAGAM nanti.
- Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
- Maaf jika terkasar bahasa.
(Visited 108 times, 1 visits today)