UNTUK INGATAN BERSAMA DI KALA PERJUANGAN DITERUSKAN
Yang Di Pertua Agung PAS yang pertama Tuan Haji Ahmad Fuad keluar parti kerana beberapa sebab dalaman.
Selepas itu Yang Di Pertua Agung PAS seterusnya Dato Mohd Asri bin Muda selepas gagal mendapat kelulusan muktamar terhadap ucapan dasarnya pada sekitar tahun 1980an keluar parti untuk menghidupkan parti lama Hizbul Muslimin beberapa beberapa AJK PAS Pusat yang turut menyertainya termasuk isterinya iaitu Datin Sakinah Joned.
Di Kelantan beberapa pimpinan utama dan pemuda pun bertindak keluar parti kerana menyertai parti Berjasa.
Di Terengganu Haji Abdul Wahab Yunus bekas Pesuruhjaya PAS negeri keluar parti.
Di Terengganu juga pimpinan negeri iaitu Haji Ghazali Haji Ahmad dipecat kerana melakukan perkara yang mengaibkan parti.
Kemudian diikuti pemecatan ke atas bekas Adun Jerteh Ustaz Hj Abdul Latif Mohamad dan beberapa rakan berlaku kerana enggan mematuhi arahan PAS Pusat lantaran krisis berpanjangan PAS kawasan Besut.
Di Kelantan orang kuat PAS Kelantan dan Pasir Puteh Cikgu Musa keluar parti dan menghidupkan parti AKIM bersama anak beranaknya.
Di peringkat pusat bekas Naib Yang Di pertua Agung PAS bekas ahli parlimen PAS Baling keluar parti kerana menyertai Umno.
Di Pahang selepas disiksa dengan teruk dalam tahanan ISA peguam terkenal dan penasihat undang2 PAS dan juga juara pembela peneroka Tuan Haji Suhaimi Said keluar PAS kerana menyertai Umno.
Banyak lagi insiden keluar parti atau dipecat dari parti sering berlaku dari masa ke semasa.
Namun PAS tetap meneruskan perjuangannya oleh mereka2 yang ikhlas dan jujur berjuang atas nama amar makruf nahi mungkar.
Kalah dalam pilihanraya adalah asam garam PAS dan memenangi pilihanraya umum pada 1990 di Kelantan dengan menyapu bersih hasil kerjasama dengan parti serpihan Umno iaitu Semangat 46 pimpinan Ku Li dan rakan2nya adalah ubat paling mujarab bagi kebangkitan seterusnya begitu juga penambahan kerusi di Terengganu menjadikan tapak perjuangan semakin melebar.
Tetapi akibat godaan Umno saban waktu dalam Semangat 46 menyebabkan mereka percaya Umno lama telah berjaya dipulihkan oleh Mahathir selepas menubuhkan Umno Baru dan juga kerana wujudnya krisis dalam kerajaan gabungan PAS dan S46 di Kelantan lagi menambahlaju lagi perpisahan S46 dengaadziln PAS.
TERKINI, 2 pemimpin PAS yang juga bekas pimpinan utama PAS peringkat Pusat membuat onar untuk ketika PAS berada dipuncak kuasa hasil persepakatan Pakatan Rakyat yang diasaskan oleh bekas Presiden yang dikasihi Almarhum Fadzil Noor selepas pemecatan Anwar Ibrahim.
Ketika Umno sedang terdesak kerana baik orang Melayu dan juga bukan Melayu mulai goyah sokongan mereka kepada Barisan Nasional maka PAS mulai menganti Umno.
Tetapi lagu lama Umno terdesak iaitu selamatkan Melayu dan agama Islam berjaya mendorong beberapa kerat pimpinan PAS mahu menjayakan kerjasama lapuk untuk dan gunanya memulihkan kuasa Umno yang kian terhakis ditambah dengan isu kononnya Umno ialah penyelamat agama Islam anutan orang Melayu.
Umno juga menambah kata bahawa kebangkitan kaum bukan Melayu terutama Cina bagi mereka akan menyekat dan menyeksa orang Melayu dari terus mempertahan Tanah Melayu sejak berzaman lagi.
Bagi Umno hanya mereka yang layak bekerjasama dengan kaum bukan melayu iaitu Cina, India dan kaum di Sabah dan Sarawak dan Pakatan Rakyat tidak layak sama sekali dan dituduh mengkhainati Melayu dan agama Islam.
Isu-isu sebegini berjaya diterima oleh mereka yang bergelar ulamak dan pakar motivasi sehingga membuat perhitungan mahu meninggalkan PAS tetapi berikrar dan berazam untuk meneruskan perjuangan diluar jamaah jika perlu dan juga ingin meneruskan rancangan perpaduan PAS dengan Umno walaupun sejuta kali PAS Pusat memutuskan tiada lagi agenda untuk bersama Umno dan failnya ditutup rapat.
Penegasan itu dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulama yang dianggotai oleh pakar agama Islam dalam bidang masing2 dan juga keputusan Mukatamar Tahunan PAS.