Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) melihat rancangan Aduan Rakyat TV3 yang setiap hari membawa isu Madrasah Salihiah, Alor Setar, Kedah lebih kepada membawa agenda tersirat dan membawa rakyat menolak peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah dengan agenda politik tertentu. Dengan melihat kesungguhan TV3 membawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Kedah sebagai keterlaluan kerana membuat keputusan agar Madrasah Salihian boleh dirobohkan adalah tidak tepat.
Seolah-oleh TV3 memperjuangan hasrat keseluruhan rakyat Islam agar menolak Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah di atas keputusan tersebut. Bagi kami, TV3 lupa pada bulan Julai 2004 tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah membuat keputusan mengharamkan Konsert ‘Sure Heboh’ dahulu, tetapi TV3 masih meneruskan pengisian konsert seumpama ini sehinggi kini. Jelas tindakan TV3 tersebut menolak keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diputuskan oleh seluruh Mufti di Malaysia.
Mungkin TV3 tidak ingat pada bulan November 2006 tentang Surau Kampung Berembang, Ampang, Selangor dahulu yang telah dirobohkan jika isu yang dimainkan oleh TV3 bahawa rumah ibadat menjadi isu yang sama ianya dirobohkan. Tidak pula ketika itu, TV3 membawa perkara ini meminta agar Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mendapatkan keputusan status Surau tersebut? Di sini jelas bahawa TV3 sengaja membawa isu Madrasah Salihiah kepada pendekatan politik yang tidak sihat.
(Visited 139 times, 1 visits today)