BUKA LEMBARAN TAHUN BARU 2012 MASEHI
yang paling kontroversi KISAH HASAN ALI ‘seperti kacang lupakan kulitSejak Hasan Ali dilantik Exco kerajaan Pakatan Rakyat Selangor beliau telah menunjukkan kemampuannya yang turut bersama mentadbir kerajaan negeri Selangor bersama rakan2 dalam PKR dan DAP.
apa yang dikatakan kontroversi ialah beliau antara pimpinan PAS yang pertama sejak Pakatan Rakyat memperolehi kuasa mentadbir negeri yang dikenakan tindakan disiplin parti oleh PAS kerana didapati bersalah mengadakan rundingan dengan Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan Melayu antara PAS dan BN dan Umno.
cara beliau melayan media milik musuh seperti TV3 suku Tv1 serta akhbar2 milik Umno menampakkan ketidakmatangannya mengemudi PAS di Selangor. Ini menimbulkan kehilangan keyakinan ahli dan penyokong PAS kepada beliau terutama sebagai AJK PAS Pusat dan ADun serta Exco.
setelah PAS Pusat mengeluarkan amaran supaya masing2 pihak supaya mengadakan ‘gencatan senjata’ dengan tidak membuat sebarang kenyataan di media dan PAS akan memanggil mereka2 yang terlibat untuk disoal siasat berhubung duduk perkara sebenarnya.
selepas dari itu maka sekonyong2 Hasan Ali mendapat idea mungkin selepas solat macam2 minta petunjuk maka beliau pun memohon maaf diatas keterlanjurannya mengkritik dasar parti iaitu konsep negara berkebajikan.
selepas dari itu adanya perjumpaan di Kota Bharu antara beliau dengan Mursyidul Am PAS dan beberapa pimpinan Dewan Harian PAS Pusat juga turut dihadiri seorang lagi bekas Timbalan presiden PAS. tetapi berlaku pula penafian di pihak Hasan ALi bahawa beliau bukan dipanggil tetapi entahlah mana yang betul.
sumber Badan perhubungan PAS Negeri Selangor menyebut pendirian PAS Negeri dalam isu ini bahawa mereka menerima permohonan maaf dari Hasan tetapi mengesyorkan juga kepada PAS Pusat untuk mengambil tindakan yangs sewajarnya kepada individu yang terlibat memalukan parti kerana untuk mengingat seluruh kepimpinan kecil dan besar supaya berhati2 ketika mengkritik dasar parti dilain masa.
TEKA TEKI PILIHANRAYA UMUM DALAM TAHUN 2011 TIDAK MENJADI
selesai sudah tahun 2011 akhirnya tidak menjadi pegumuman pembubaran parlimen Malaysia oleh Najib Razak.
tetapi ramai pihak menjangkakan PRU ke 13 adalah dalam tahun 2012 pula.
Ada kata Jan, Feb. Mac, Mei , Jun, julai, Ogos, Oktober dan bla..bla..bla…
yang mengetahui dengan sebenar2nya adalah ALLAH SWT dan Najib hanyalah manusia yang akan diberikan Allah ilham untuk mengumumkannya sahaja.
Samada rakyat yang menjadi pengundi akan terus memberikan undi kepada Pakatan Rakyat sehingga dapat mempertahankan negeri2 yang sedang diperintah sekarang dan terus memberikan kuasa kepada Pakatan Rakyat untuk turut menguasai Putrajaya ATAU pengundi mahu beralih semula kepada BN kerana banyak perubahan yang berlaku sejak Najib ambilalih kuasa dari Pak Lah. Maknanya rakyat mempercayai janji2 Najib dan BN.
KES LIWAT ANWAR DIPUTUSKAN PADA 09 JANUARI 2012
Semua pihak berdebar2 menantikan keputusan hakim berkenaan dengan kes fitnah liwat oleh Saiful ke atas Anwar.
Bicara punya bicara maka tibalah masanya untuk diketahui keputusan akhirnya samada Anwar bersalah atau dibebaskan.
namun tinjuan oleh semua pihak dalam dan luar menunjukkan rakyat samasekali tidak mempercayai kes liwat ini kecuali mereka yang sememangnya memandang Anwar sebagai seorang yang tidak bermoral tanpa mengikuti dengan penuh perbicaraan tersebut.
bagi para penganalisa politik sejak tahun 1999 mereka berpendapat adanya satu skrip untuk menampakkan kesalahan Anwar dengan meliwat Saiful dan Saiful bersumpah mengakuinya begitu juga adanya calitan air mani Anwar di dubur Saiful (bukan di dalam tetapi diluar).
maka jika disahkan skrip tersebut maka sahlah Anwar bakal didapati bersalah nanti.
3 ANAK ALI BERDEBAT DI MEDIA DAN KACA TV
Ibrahim Ali – Perkasa – bekas Umno menang di PAsir MAS atas tiket PAS tapi jadi kacang lupakan kulit atau melepaskan anjing tersepit
MUstafa Ali – SUA PAS – gagal mempertahankan kerajaan PAS Terengganu pada 2004
Hasan Ali – Exco selangor – hampir dipecat oleh PAS kerana melanggar disiplin parti – mempersoalkan dasar parti
KEMBALI KE RAHMATULLAH ADUN PAS dan meninggal dunia ADUN DAP
Al Fatehah kepada ADUN Tendong dan takziah kepada keluarga beliau dan kepada PAS Kelantan
Takziah kepada keluarga ADUn DAP Bukit Gasing, Selangor.
Al Fatehah kepada bekas Ketua Bursa Saham Malaysia Salleh Majid yang telah dipanggil pulang Illahi.
dan kesemua mereka yang telah pergi mendahului kita semua.
CILI PAKATAN – daripada Allah kita semua datang dan kepada Allah juga kita akan kembali semula. Dalam politik pula tiada yang mustahil untuk berlaku apa sahaja hari ini esok dan hari2 akan datang.