Jika hendak diikutkan disesetengah tempat kejayaan ahli-ahli politik mencapai kemenangan adalah hanya kerana bernasib baik.
Benarkah realitinya sebegitu ? Corak pengundian banyak dipengaruhi oleh isu terakhir yang berjaya menambat hati pengundi dimana strategi akhir yang dibuat oleh pakar-pakar strategi pilihanraya parti yang bertanding adalah mengeluarkan isu yang paling diyakini akan dapat mengubah pendirian sesaorang pengundi itu buat kali yang penghabisan.
sebenarnya hanya ahli parti dan penyokong tegar sahaja yang dari awal memasang niat untuk memangkah sesuatu calon partinya akan tetapi pengundi yang disenaraikan sebagai atas pagar atau tidak menyokong mana-mana parti dan tidak menjadi mana-mana ahli kepada parti inilah yang menjadi sasaran kepada parti politik yang meletakkan calonnya untuk diundi oleh setiap pengundi yang keluar mengundi.
Hasilnya ada dua kategori pertama ialah menang walaupun dengan hanya memperolehi satu undi mengatasi lawan masing-masing. kedua ialah kategori apa yang dikatakan berNASIB BAIK kerana tidak menyangka akhirnya menang juga. Contoh kes ialah DUN Batu Caves yang menyaksikan undi kepada BN telah beralih kepada undi kepada PKR (PR).
Satu lagi contoh ialah perakam gelagat video VK Lingam, Loh Burne pun memang di Petaling Jaya walhal beliau sangat baru dalam arena politik.
NASIB BAIK nya ialah menang walaupun baru pertama kali masuk bertanding.
Jika pengundi asal BN tidak beralih undi dengan begitu ketara kepadaPKR sudah pasti BN bakal meneruskan tradisinya memenangi kerusi tersebut dengan mudah. Bahkan banyak lagi kemenangan NASIB BAIK yang diperolehi gabungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. DUN tersebut hanya sebagai contoh sahaja apa yang dikatakan sebagai NASIB BAIK.
Kini kaji selidik oleh para penganalisa merasakan wujudnya fenomena dimana arus pengundian akan datang bakal diperolehi semula BN. Ini dikatakan bakal berlaku kerana kempen kerajaan BN terutama oleh UMno yang sering mengingatkan rakyat bahawa kuasa politik orang Melayu bakal terlepas kepada bukan Melayu kerana BN dan Umno berjaya menanamkan rasa takut tahap tertinggi kepada kemenangan DAP dan calon-calon bukan Melayu PKR sehingga mereka dapat menubuhkan kerajaan negeri yang selama ini BN tidak pernah sekalipun menyangka perkara ini berlaku.
Ketepikan soal matematik jumlah kerusi yang ditandingi calon Melayu dari PAS dan calon Melayu dari PKR tetapi realiti yang disumbat ke telinga orang-orang Melayu dari pelbagai latarbelakangnya ialah KUASA MELAYU kian terhakis dan tidak mustahil satu masa nanti Melayu tidak lagi berkuasa di Tanah Melayu ini kerana kaum bukan Melayu yang akan ambil alih.
BN memberikan contoh mudah iaitu DAP di Pulau Pinang.Congak BN ialah tengok kini kaum Cina yang memerintah pulau Mutiara itu maka adakah orang Melayu di negeri lain ingin jadi sebegitu? Soal para pembesar Melayu dalam Umno, NGO dan juga cendikiawan dari pusat pengajian tinggi yang masih yakin Umnolah penyelamat bangsa Melayu.
Berbalik kepada isu pokok iaitu menang kerana NASIB BAIK. Jika tsunami 11 Mac 2008 terlalu banyak kemenangan NASIB BAIK menyebelahi pakatan pembangkang (kecuali Kelantan) maka para penyelidik dan penganalisa bebas kebanyakkannya sekarang beralih rasa iaitu menyakini pengundi Melayu akan berpakat untuk memenangkan calon BN semula kali ini.
Biarpun dikatakan pengundi dari kaum Cina, India masih berpihak kepada gabungan parti dalam Pakatan Rakyat dengan azam mereka mahu mengekalkan penguasaan di negeri-negeri yang sedang mereka perintah termasuk yakin Perak akan ditawan semula oleh PR.
Parti yang bakal ketinggalan jika pengundi Melayu beralih semula kepada Bn ialah PAS yang banyak meletakkan calon Melayu menentang calon Umno. Maknakata calon-calon PAS bakal kalah jika teori pengundi Melayu mahu memenangkan calon Melayu yang mewakili Umno. Bahkan berkemungkinan dengan kemenangan selesa calon Umno nanti gagal menubuhkan kerajaan kerana kehilangan wakil dari calon MCA dan MIC lagi. Masa itu Umno memerlukan sekali lagi rundingan dengan PAS jika PAS memenangi sedikit dari kerusi yang ditandinginya.
BN dan Umno tersangat yakin pada PRU 12 yang lalu kemenangan NASIB BAIK lah yang menyebabkan mereka kalah kepada PKR dan PAS dikebanyakkan kerusi. Tetapi kali ini Umno yakin sebagaimana kes di Terengganu pada 2004 dimana Umno mampu memenangi semula kerusi mereka sebanyak 28 kerusi dengan menewaskan kesemua calon PAS kecuali 4 kerusi sahaja iaitu kerusi tradisi PAS di Terengganu. Tetapi selepas 2008 PAS menambah semula kerusi kepada 4 lagi menjadikan 8 kerusi semuanya dan BN hilang semula 4 kerusi Dun.
Pengkelasan tahap kesedaran pengundi diletakkan kepada beberapa tingkat. Dimana para penganalisa telah meletakkan pengundi bandar sebagai pengundi celik politik (kes parlimen Bukit Bintang – bandar), pengundi dari kaum pekerja atau buruh, pengundi di peringkat kampung atau pekan (kes Telemong, Pulau Tawar, Rompin dan sebagainya.
Najib Razak nyaris menjadi mangsa di parlimen Pekan apabila hampir tewas di sana pada tahun 1999 kepada calon PAS seorang guru agama dengan kelebihan hanya sekitar 250 undi sahaja. Najib menang dengan NASIB BAIK ketika itu akibat kezaliman Mahathir ke atas Anwar Ibrahim.
Wan Mokhtar Ahmad MB Terengganu selama 25 tahun tewas kepada guru agama calon PAS yang tidak pernah menang sejak bertanding lebih dari 5 kali tetapi NASIB BAIK dapat menewaskan seorang MB dan dihadiahkan jawatan EXCO kerajaan PAS Terengganu. Semua pihak sama sekali tidak menyangka nasib malang BN dan UMno ketika itu 1999. BN trauma dan ketakutan dengan gelombang Anwar menyaksikan kebanyakkan kawasan parlimen Bn hampir-hampir tewas dan hanya berNASIB BAIK menang dengan majoriti tipis seperti Najib di Pekan.
PAS bersama Semangat 46 pernah melaluinya di Kelantan apabila kesemua calon mereka di sana memenangi semua kerusi@sapu bersih sehinggakan MB Bn iaitu Muhamad Yaakub kalah ditangan pendatang baru dari Kuala Lumpur (asal Kelantan juga) di DUN Panglima Bayu. Sememangnya PAS dan S46 sangat berNASIB BAIK bahkan sehingga kini benteng PAS masih kukuh cuma pada 2004 mereka nyaris juga dikalahkan oleh Umno dengan hanya bersandarkan majoriti 1 kerusi sahaja.
Jika diteliti kekuatan parti di kawasan yang mereka tandingi bukan berdasarkan ramainya ahli berdaftar atau penyokong tegar semata-mata cuma teori yang menjelaskanya sebegitu. Hakikatnya arah aliran pengundi banyak bergantung isu yang terakhir yang disebarkan oleh setiap parti untuk menyakinkan pengundi untuk mengundi mereka.
# ulasan ini bukan pandangan agama Islam hanya satu analisis bebas