Ahli PAS di semua peringkat samada YB , Exco atau apapun jawatannya kini wajib dengar dan patuh arahan Al Mursyidul Am PAS dan Presiden iaitu yakin bahawa Anwar Ibrahim sedang difitnah dan samasekali tidak terikut-ikut dengan seorang dua (kononnya) juga pimpinan PAS yang menyanggah sokongan PAS kepada Anwar.
Sokongan berterusan alim ulama PAS adalah selari dengan fatwa Sheikh Yusuf Qaradhawi yang disegani dan dihormati iaitu Anwar sedang difitnah dan wajib ahli PAS membelanya sehingga akhir. Jangan bersubahat menanggung dosa kering dengan bersimpati dengan musuh yang sedang nazak sekarang ini.
Kepada semua ahli PAS Selangor pula arahan Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dr Rani Osman adalah kesinambungan kepada arahan dan pendirian PAS keseluruhannya bahawa PAS menyokong Anwar bersama Pakatan Rakyat. Tidak timbul samasekali tiada arahan dari negeri lain kerana negeri Selangor adalah terletak paling hampir dengan Kuala Lumpur.
Bekas pemimpin yang telah terlanjur cakap dan terlepas geram dan menghentam parti serta menggunakan media musuh untuk bertempur serta menunjuk pandai tidak usahlah hendak mencadang sesiapa untuk bakal menjadi PM jika PR menang Putrajaya kerana PR bukan sesekali macam Umno suka berebut terlalu keduniaan dan material melampau.
Presiden PAS pernah menyatakan tidak timbul isu siapa PM nanti kerana mengikut amalan demokrasi terkini parti mana mempunyai kelebihan majoriti maka pemimpin parti itulah yang akan dipilih memimpin negeri atau negara.
Kedapatan seorang bekas pemimpin PAS negeri kerana tidak laku jualan produknya yang menentang negara kebajikan PAS dan memperlekeh pimpinan PAS serta berangan untuk menjadi MB bersuara kononnya isu liwat adalah isu peribadi Anwar Ibrahim seorang sahaja dan menyeru kononnya juga jangan melibatkan diri ahli PAS sedangkan hakikatnya ahli PAS sedang menghukum individu ini secara senyap dan diam termasuk di dalam kawasan yang diwakili sendiri dia seperti ditolak dan dipinggirkan.
Keyakinan alim ulama PAS termasuk Tuan Guru-Tuan Guru dalam PAS jelas dan terangan lagi nyata bahawa Anwar Ibrahim diftinah dan wajib kita semua menyokongnya menentang konspirasi Umno tersebut dengan menyatakan bantahan dalam pelbagai cara yang dibenarkan oleh Islam.