Demonstrasi 901 diprovok oleh anasir yang tidak diketahui. Ketika rakyat sejumlah 20,000 orang berkumpul berhadapan bangunan medan selera berhampiran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua butir bom asap meletup berhampiran laluan masuk ke mahkamah. Satu berlaku pada pukul 9.45 dalam 20 minit selepas keputusan diumumkan dan satu lagi pada pukul 10.30 pagi
Sebelum itu, laungan reformasi bergema menyambut keputusan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar kerana kekurangan bukti atas dakwaan meliwat Saiful Bukhari Azlan. Penyokong Anwar berarak dari Mahkamah Tinggi Ke Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.
Bagaimanapun polis mengepung masjid bagi menghalang penyokong Anwar dan pakatan rakyat dari bertembung dengan 50 orang penyokong Perkasa yang berkubu di dalam masjid itu.
Ketika mendengar ucapan ketua pemuda PAS, Nasruddin Tantawi satu mercun meletup di sebuah kon tepi jalan. Letupan itu memecahkan bahagian depan sebuah kereta. Pada pukul 10.30 pagi letupan kedua berlaku di persimpangan ke menuju ke mahkamah.
Letupan ini dilaporkan mencederakan 2 orang. Anwar yang dijadualkan akan berucap di tingkat atas medan selera membatalkan ucapan pembebasannya akibat letupan yang boleh mencetuskan huru-hara antara penyokong Anwar dan Perkasa.
Bagaimanapun, perjalanan perhimpunan lancer dengan para penyokong meneriakkan Reformasi!, Tangkap Saiful, Letak Jawatan Gani Patail dan Turun Najib!
Anwar akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada esok hari di Permatang Pauh dan melaksanakan satu lagi siri jelajah Reformasi