Desas-desus sedang bertiup menyatakan bahawa bekas ahli PAS Hasan Ali akan mengetuai sebuah NGO yang dinamakan sebagai HIMPUN. Nama itu sinonim dengan penganjuran satu perhimpunan di Stadium Shah Alam yang turut dihadiri oleh Hasan Ali. Perhimpunan tersebut pernah mendapat kontroversi kerana tidak disokong secara diret oleh PAS.
Turut dinamakan sebagai pimpinan NGO HIMPUN adalah bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang kini masih ahli PAS dan ketika Hasan Ali mengadakan sidang media di rumahnya Nasha turut juga hadir dan berucap dengan menyatakan bahawa tindakan PAS Pusat memecat Hasan sebagai terlalu drastik (cepat).
Jika Hasan Ali tidak masuk Umno dalam masa terdekat ini maka ramai pihak masih menyanjunginya dan menghormatinya tetapi jika sebaliknya maka Hasan akan menuruti jejak beberapa bekas pimpinan PAS yang pernah keluar parti atau dipecat atau digantung.
Pemimpin Dewan Ulamak PAS di Pahang iaitu Ustaz MOhktar Senik pernah digantung sementara keahliannya dan dipulihkan selepas itu tidak sekali lari dari perjuangan Islam atau memasuki parti lain samada Umno atau lain-lain parti bahkan tetap sabar sehingga diterima semula.
Maka Hasan Ali eloklah berjuang di bawah naungan NGO sementara menunggu rayuan (jika beliau merayu) kepada Majlis Syura PAS berhubung pemecatannya itu.
Untuk pengetahuan rakyat Malaysia , Majlis Syura Ulama PAS diketuai oleh seorang Al Mursyidul Am dan seorang timbalannya iaitu Dato Dr Harun Din dan seorang setiausaha serta 10 ahli jawatankuasa yang dipilih sebahagiannya dari Dewan Ulamak PAS pusat, AJK PAS Pusat dan ahli2 dari luar yang memenuhi syarat2 pelantikan seperti menguasai ilmu Al Quran, Hadis, berakhlak mulia dan tidak melazimi dosa-dosa besar, tidak terlibat dengan riba dan hutang piutang dan mempunyai keluarga yang bertaqwa.
Maknanya jika Hasan Ali merayu maka rayuannya akan didengari oleh ahli majlis syura yang juga sebahagiannya datang dari AJK PAS Pusat juga yang memecatnya tempohari. Cuma mungkin majlis boleh mempertimbangkan hukuman ke atas Hasan Ali dengan bukan meneruskan pemecatannya tetapi dengan mengantung atau memberi syarat2 tertentu untuk beliau kekal semula sebagai ahli PAS.
Cuma persoalannya sekarang ialah selepas Hasan Alli dipecat beliau masih meneruskan kritik yang pedas dengan menambahkan pemecatannya adalah kerana beliau mengkritik Anwar Ibrahim pula.
Rakyat dan ahli PAS dan Pakatan Rakyat sedang melihat dan menunggu perkembangan seterusnya apakah bakal terjadi terhadap insiden pada masa depan.