Sebahagian dari ucapan rasmi YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sempena mengalu-alukan Pembantu Exco dinaikkan pangakat sebagai Exco penuh MMKN selangor yang baru menggantikan Ketua Parasit PAS yg kena pecat.
Dalam perkembangan berkaitan, saya ingin menyatakan bahawa saya ada menerima surat daripada YB Dato’ Dr Hasan Ali yang berpendapat bahawa pelantikan ini mungkin terlalu awal (premature) kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.
Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli Pas.
Surat dari Jawatankuasa Pas bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan.
Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh Pas sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Saya berharap Dr Hasan menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN.
KOMEN :
Inilah yang dikatakan bahawa kekuasaan Allah ialah DIA boleh menaikkan sesiapa sahaja untuk memegang kuasa dan boleh menurukan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.
Nah sekarang Sdr Hasan Ali terkial-kial menyatakan bahawa pemecatannya tidak mengikut prosedur parti dan terkini menulis surat kepada YAB MB menyatakan terlalu awal mengugurkannya.
Sebelum daripada ini kamu menyatakan bersama Nasharudin Mat Isa pemecatan awak amat drastik tanpa berbincang dan sebagainya pulak dah.
(di DUN Gombak setia bertiup kencang angin daripada penyokong kuatnya seorang AJK MTD bahawa Sultan selangor enggan memperkenankan penguguran Hasan Ali dan sebaliknya Sultan telah melantiknya sebagai Timbalan Pengerusi MAIS pulak dah).
Terimalah wahai Hasan Ali yang kamu sudah tidak diterima lagi oleh PAS dan merayaulah kamu samada ke Perkasa atau mana-mana NGO yang kamu himpunkan di Stadium Shah Alam baru-baru ini.
Kamu seorang yang berpelajaran (disebutkan dalam wawancara bersama TV9) dan amat concern dengan akidah, bangsa melayu dan raja-raja melayu. Maka eloklah kamu berpakat dengan Raja-Raja Melayu dengan berdatang sembah mohon izin patik pacal yang hina dina untuk menubuhkan apa yang disebutkan sebagai pemagar atau benteng untuk raja-raja daripada terhakis atau dibuang oleh DAP atau PKR atau PAS selepas mereka berkuasa di Putrajaya nanti.
Elok awak bertugas dengan Istana Raja-raja Melayu dan mohon diberikan jawatan khas untuk mempertahankan akidah orang Islam daripada dihanyutkan oleh lesen=lesen atau permit2 judi, rumah2 urut, rumah pelacuran yang diluluskan oleh kerajaan pusat BN itu.
Hakikatnya ialah apabila para alim ulama dalam PAS menolak kamu wahai Hasan bermakna kamu sekarang sedang ditolak oleh semua pihak kecuali mereka2 yang terhutang budi dengan kamu sebab kamu membela mereka selama 3 tahun ini dengan projek dan macam2 lagi habuannya melalui zakat dan lain2 lagi.