Dari sumber-sumber yang berwiwbawa membayangkan nasib kerajaan BN pada pilihanraya PRU 13 akan datang bakal diganti oleh PAS semula. Ini kerana rakyat dan para pegawai kerajaan negeri Terengganu yang berkhidmat sekarang merasa tidak puashati dengan cara Menteri Besar Ahmad Said melaksanakan banyak arahan yang tidak menguntungkan rakyat di negeri ini.
Walaupun Terengganu diwar-warkan dengan pelbagai projek pembangunan baru namun keuntungan sebenar yang dinikmati bukan golongan rakyat bawahan sebaliknya banyak mengalir kepada kroni pimpinan Umno tertentu sama seperti di masa Idris Jusoh menjadi MB pada 2004-2008 lalu.
Ahmad Said hanya menumpukan kepada pengukuhan masa depa politiknya sahaja dengan berangan untuk terus dipilih sebagai MB jika BN terus menang. Tetapi keghairahan rakyat Terengganu sekarang yang diketuai oleh sebilangan besar kakiktangan kerajaan sendiri mahukan perubahan pemerintahan dari BN kepada PAS atau Pakatan Rakyat.
Rata-rata rakyat dan pegawai kerajaan berpendapat persoalan pokok sekarang bukan siapa bakal MB daripada BN samada Derih Jusoh ataupun Mad Said tetapi bagi mereka ialah apakah boleh rakyat Terengganu menukar kerajaan BN kepada PR atau PAS ? Kerana mereka melihat dengan cemburu bagaimana kejayaan sebenar Pakatan Rakyat menerajui kerajaan di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan semestinya juga Kelantan.
Rakyat Terengganu sudah mengetahui dendam kesumat kedua pemimpin Umno negeri iaitu bekas MB Derih Jusoh dan MB payung terjun Umno Mad Said yang masing-masing dikatakan berikrar jika Derih tak dapat dilantik sebagai MB akan datang maka biarlah PAS menang daripada membiarkan Mad Said terus menjadi MB jika BN masih menang.
Begitu juga bagi pihak Mad Said berikrar daripada membiarkan Derih menang baiklah diberikan kepada PAS asalkan bukan Derih Jusoh.
Maka PAS Terengganu harus menggandakan usaha mereka untuk merampas tampuk pemerintahan kerajaan Terengganu daripada UmnoBN dengan seikhlas dan sejujurnya memujuk rakyat Terengganu agar berubah semula kepada PAS.
Di pihak PAS pula rata-rata rakyat Terengganu yakin jika PAS menang dengan majoriti dan memerintah Terengganu maka mereka menerima dengan baik pelantikan YB Haji Wahid Endut yang sekarang adalah ADUN Wakaf Mempelam dan ahli parlimen Kuala Terengganu menjadi Menteri Besarnya.
Adapun pimpinan parti yang telah lama dan veteran seperti Harun Taib, Mustafa Ali dan termasuk TG Haji Abdul Hadi hanya berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan negeri Terengganu yang bakal diperintah oleh PAS selepas PRU 13 nanti.